Statistik
Laporan Eksekutif
- Hits: 180
Laporan Eksekutif
Kubang Kerian, 4 November 2025 – Satu lawatan akademik telah berlangsung melibatkan lima (5) orang pelajar Program Dietetik dari Prince of Songkla University (PSU), Patani Campus, Thailand ke Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) yang merangkumi Klinik Dietetik dan Dapur Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Lawatan yang diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan dietetik klinikal, peranan dietitian dalam penjagaan pesakit serta pengurusan perkhidmatan makanan di hospital.
Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan proses penilaian status pemakanan pesakit, perancangan diet terapeutik serta pengurusan operasi dapur hospital yang menitikberatkan aspek keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan. Lawatan ini turut membuka ruang interaksi akademik antara pelajar dan staf dietetik.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Rimei selaku ketua unit, Encik Karami Ketua Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Dr Divya, pensyarah serta Puan Nisah, pegawai dietetik dan Encik Khairul, penolong pegawai penyediaan makanan yang turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam perkhidmatan pemakanan dan dietetik di HPUSM.
Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam bidang dietetik klinikal.
Pembentangan Pelajar Latihan Industri
Satu aktiviti CSSE Bil. 1/26 telah diadakan melibatkan sesi Pembentangan Latihan Industri oleh dua orang pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.
Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Nama Aktiviti:
CSSE Bil. 1/26 – Pembentangan Latihan Industri 2 Pelajar Dip. Pengurusan Perkhidmatan Makanan UiTM (Terengganu)
Tarikh:
13 Januari 2026
Masa:
2.30 – 4.30 petang
Tempat:
Bilik Operasi UPD
Staf Terlibat:
Semua Dietitian & PPPM
Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan serta hasil pembelajaran sepanjang tempoh latihan industri di UPD. Ia juga menjadi platform perkongsian ilmu dan penilaian profesional oleh barisan Dietitian serta PPPM yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen UPD dalam menyokong pembangunan latihan klinikal dan profesional pelajar institusi pengajian tinggi.
Baca selanjutnya …Halal Awareness Training
Sambutan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar 2025 anjuran UPD telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di dapur Hospital Pakar USM. Majlis Iftar ini telah diadakan secara sederhana namun meriah dengan pengisian majlis tahlil serta solat maghrib berjemaah. Iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran para staf UPD. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Pn Rimei Salha selaku Ketua Unit. Hidangan telah disediakan oleh staf bahagian penyediaan. Antara makanan utama yang disediakan ialah ikan patin masak tempoyak dan ikan patin bakar. Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar.
Baca selanjutnya …Majlis Iftar UPD 2025