Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Memastikan perkhidmatan klinikal yang selamat, berkesan, tepat pada masanya, efisyen, berpaksikan pesakit dan adil untuk semua.
Memastikan polisi dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan klinikal memenuhi keperluan plan strategik Hospital USM 2018 -2025
Menyelaras perkhidmatan klinikal hospital sebagai hospital pendidikan, pengajaran, penyelidikan dan rujukan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan pesakit, staf serta persekitaran penjagaan.
Menyelaras pengurusan perkhidmatan perubatan dan kesihatan mengikut keperluan serta arahan pengurusan hospital dari semasa ke semasa.
Mengenal pasti keperluan dasar berkaitan keselamatan pesakit, staf dan persekitaran penjagaan serta menyelaras pembangunan polisi dan garis panduan berkaitan.
Menyelaras aktiviti pembangunan kompetensi fungsian staf serta kompetensi berkaitan keselamatan pesakit, staf dan persekitaran penjagaan.
Menyelaras pelaksanaan program komuniti seperti KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) serta aktiviti kesejahteraan bersama pihak berkaitan.
Mengukuhkan kerjasama dengan pusat pengajian dan jabatan USM bagi menyokong aktiviti pembelajaran, latihan serta penyelidikan kesihatan.
Membina kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, swasta dan antarabangsa bagi memperkasa bidang kesihatan.