Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

HPUSM

Lawatan Pelajar Dietetik Prince of Songkla University (PSU)

Kubang Kerian, 4 November 2025 – Satu lawatan akademik telah berlangsung melibatkan lima (5) orang pelajar Program Dietetik dari Prince of Songkla University (PSU), Patani Campus, Thailand ke Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) yang merangkumi Klinik Dietetik dan Dapur Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Lawatan yang diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan dietetik klinikal, peranan dietitian dalam penjagaan pesakit serta pengurusan perkhidmatan makanan di hospital.

Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan proses penilaian status pemakanan pesakit, perancangan diet terapeutik serta pengurusan operasi dapur hospital yang menitikberatkan aspek keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan. Lawatan ini turut membuka ruang interaksi akademik antara pelajar dan staf dietetik.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Rimei selaku ketua unit, Encik Karami Ketua Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Dr Divya, pensyarah serta Puan Nisah, pegawai dietetik dan Encik Khairul, penolong pegawai penyediaan makanan yang turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam perkhidmatan pemakanan dan dietetik di HPUSM.

Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam bidang dietetik klinikal.

  • Hits: 12