Memastikan Keselamatan
Transfusi Darah
Berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan transfusi berkualiti tinggi serta memajukan bidang perubatan transfusi.
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan transfusi berkualiti tinggi serta memajukan bidang perubatan transfusi.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selamat datang ke Unit Perubatan Transfusi, HPUSM. Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan makmal dan transfusi darah yang berkualiti tinggi serta selamat, di samping memperkasa bidang pengajaran, latihan dan penyelidikan. Unit Perubatan Transfusi kami telah diakreditasi di bawah MS ISO 15189, dan perkhidmatan kami merangkumi ujian imunohematologi rutin dan khusus, perolehan darah penderma, pengurusan stok darah, serta perkhidmatan produk darah tersinar (irradiated blood products). Sebagai pusat latihan yang diiktiraf bagi program Sarjana Patologi (Hematologi), kami melahirkan tenaga profesional dan penyelidik yang berkemahiran tinggi untuk memajukan bidang ini. Berteraskan kerja berpasukan, inovasi dan komitmen, kami berusaha memperkukuh kecemerlangan diagnostik serta menyumbang kepada peningkatan hasil penjagaan kesihatan. Terima kasih.
Get quick, engaging updates and educational content from Dermadarah HPUSM.
@dermadarah_hpusmHospital Pakar Universiti Sains Malaysia
16150 Kubang Kerian, Kelantan