Larian Amal HPUSM 2026
Ayuh berlari untuk menyokong Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia. Sertai komuniti, keluarga dan rakan sekerja dalam acara amal penuh semangat pada Oktober 2026.
Maklumat Acara
Berlari sambil menyumbang kepada pesakit yang memerlukan.
Terbuka kepada warga staf USM, masyarakat sekitar, serta kakitangan awam dan swasta yang berminat untuk menyertai.
Masa Program
6.30 pagi - 11.30 pagi
Kit Peserta
Tarikh: 30 Sept & 1 Okt 2026 (Rabu & Khamis)
Masa: 10:00 pagi - 5:00 petang
Lokasi: Dewan Peperiksaan, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan USM
Tarikh Tutup
Pendaftaran ditutup pada 13 September 2026 (Ahad).
Kategori Pertandingan
9 kategori dipertandingkan dengan jarak 5KM dan 2.2KM.
Kategori ditentukan mengikut jantina dan tahun kelahiran peserta. Yuran bagi Kategori A hingga F ialah RM55, Kategori G hingga H ialah RM45, manakala Kategori I Fun Run ialah RM30.
| Kategori | Penerangan | Kod | Jarak | Yuran |
|---|---|---|---|---|
| A | Lelaki Veteran 45 tahun dan ke atas, lahir pada atau sebelum 1981 |
LV | 5KM | RM55 |
| B | Wanita Veteran 40 tahun dan ke atas, lahir pada atau sebelum 1986 |
WV | 5KM | RM55 |
| C | Lelaki Terbuka 18 tahun dan ke atas, lahir pada atau sebelum 2008 |
LT | 5KM | RM55 |
| D | Wanita Terbuka 18 tahun dan ke atas, lahir pada atau sebelum 2008 |
WT | 5KM | RM55 |
| E | Lelaki Junior 13-17 tahun, lahir di antara tahun 2008 hingga tahun 2013 |
LJ | 5KM | RM55 |
| F | Wanita Junior 13-17 tahun, lahir di antara tahun 2008 hingga tahun 2013 |
WJ | 5KM | RM55 |
| G | Kanak-kanak Lelaki 12 tahun dan ke bawah, lahir pada atau selepas tahun 2014 |
LK | 5KM | RM45 |
| H | Kanak-kanak Perempuan 12 tahun dan ke bawah, lahir pada atau sebelum tahun 2014 |
PK | 5KM | RM45 |
| I | Fun Run Terbuka kepada peserta yang ingin menyertai larian santai. Peserta akan menerima baju sahaja tanpa medal. |
FR | 2.2KM | RM30 |
Yuran Penyertaan
RM55: Kategori A, B, C, D, E dan F
RM45: Kategori G dan H
RM30: Kategori I Fun Run
Syarat Penyertaan
Peraturan rasmi untuk semua peserta.
- Terbuka kepada semua warga staf USM, masyarakat sekitar dan kakitangan awam serta swasta yang berminat untuk menyertai.
- Yuran penyertaan bagi Kategori A hingga F adalah sebanyak RM55, Kategori G hingga H sebanyak RM45, manakala Kategori I Fun Run sebanyak RM30.
- Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 September 2026 (Ahad).
- Para peserta wajib membawa kad pengenalan pada hari pertandingan.
- Pemenang tempat 1 hingga 5 dari setiap kategori wajib melaporkan diri di urus setia bersama kad pengenalan sendiri. Kemenangan dikira terbatal sekiranya pemenang gagal menunjukkan kad pengenalan diri.
- Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada pegawai pertandingan 15 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
- Keputusan pegawai pertandingan adalah muktamad.
Borang Pendaftaran
Daftar penyertaan anda
Kolaborasi Korporat
Penajaan dan kolaborasi korporat
- Sila gunakan LARIANHPUSM sebagai rujukan semasa membuat pembayaran atau penajaan.
- Sila e-melkan bukti pembayaran bersama-sama Borang Maklum Balas kepada urus setia program bagi tujuan pengesahan dan pengeluaran resit rasmi.
- Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran boleh diajukan kepada urus setia Program Larian Amal Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Urusetia Penajaan
- Dr. Shahrizal Mustaffa
- 016-9598118
- Dr. Normaisarah Mohammad Zahari
- 09-7673099
Untuk Pertanyaan
Hubungi urus setia program.
- En. Muhd Radhi b Yaacob
-
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. / 09-767 3178 - Pn. Nurul Najwa bt Mohd Rasid
-
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. / 09-767 3096
Peta Trek Larian 2.2KM & 5KM
Saiz Baju
