Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Kelestarian UPD

Pengenalan

E-Kelestarian Corner Unit Pemakanan dan Dietetik  diwujudkan sebagai platform digital bagi mempromosikan dan memperkukuh amalan kelestarian di peringkat hospital. Inisiatif ini selaras dengan komitmen HPUSM ke arah pembangunan mampan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Melalui platform ini, HPUSM menekankan kepentingan menjaga keseimbangan antara aspek kesihatan, persekitaran dan sosial demi kesejahteraan bersama.

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran warga hospital terhadap kepentingan amalan kelestarian alam sekitar.
  2. Menggalakkan pengurangan penggunaan sumber semula jadi seperti kertas, air dan tenaga elektrik.
  3. Memupuk budaya kerja hijau (green workplace) dalam kalangan warga hospital.
  4. Menyokong dasar dan inisiatif hijau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Fokus Utama E-Kelestarian Corner

  1. Pengurusan Sisa & Kitar Semula
    • Pengasingan sisa di punca (sisa klinikal, sisa am, dan bahan kitar semula).
    • Program “Recycle & Reward” bagi menggalakkan penyertaan warga hospital.
  2. Penjimatan Tenaga dan Air
    • Amalan penggunaan tenaga secara efisien seperti pemadaman lampu dan penghawa dingin selepas waktu bekerja.
    • Pemasangan peralatan jimat tenaga dan air di kawasan hospital.
  3. Mesyuarat dan Operasi Hijau
    • Pelaksanaan Mesyuarat Lestari (Paperless Meeting) menggunakan dokumen digital.
    • Galakan penggunaan sistem e-komunikasi bagi menggantikan bahan bercetak.
  4. Pemeliharaan Alam Sekitar dan Landskap Hijau
    • Projek “Taman Lestari HPUSM” bagi mewujudkan persekitaran hospital yang hijau, bersih dan menenangkan.
    • Aktiviti penanaman pokok dan landskap komuniti.
  5. Kesedaran & Pendidikan Hijau
    • Penganjuran bengkel, ceramah dan kempen kesedaran alam sekitar.
    • Pendidikan lestari melalui platform e-pembelajaran dalaman.

Komitmen Hospital Pakar USM

HPUSM komited untuk menjadi hospital yang mengamalkan prinsip “Hospital Hijau dan Lestari”, dengan menekankan nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam setiap aspek operasi.
Melalui E-Kelestarian Corner, HPUSM berharap dapat membudayakan gaya hidup hijau dalam kalangan staf, pelajar dan pelawat serta menyumbang ke arah kelestarian global.

Pejabat Hijau@UPD

Pengenalan

Inisiatif ini memberi penekanan kepada penggunaan sumber secara berhemah, pengurangan sisa, penjimatan air dan tenaga, penggunaan dokumen digital serta pengurangan plastik sekali guna. Melalui penglibatan seluruh warga UPD, persekitaran kerja yang lebih bersih, sihat dan kondusif dapat diwujudkan.

Pejabat Hijau@UPD turut menyokong agenda kelestarian universiti dan usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG).

Objektif

  1. Membudayakan amalan hijau dan gaya hidup lestari dalam kalangan warga UPD.
  2. Mengurangkan penggunaan kertas melalui pengurusan dokumen dan komunikasi secara digital.
  3. Menggalakkan penggunaan air, elektrik dan peralatan pejabat secara cekap serta berhemah.
  4. Mengurangkan penghasilan sisa dan plastik sekali guna serta menggalakkan amalan pengasingan sisa dan kitar semula.
  5. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat, sihat dan kondusif.
  6. Meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab warga UPD terhadap pemeliharaan alam sekitar.
  7. Menyokong pelaksanaan agenda kelestarian HPUSM, USM dan Matlamat Pembangunan Mampan.

Hubungan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

  • SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
  • Menyediakan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan warga UPD
  • SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi
  • Menggalakkan penggunaan air secara berhemah, penjagaan kebersihan dan amalan sanitasi yang baik di tempat kerja.
  • SDG 7: Tenaga Mampu Milik dan Bersih
  • Menggalakkan penjimatan tenaga melalui penggunaan lampu, penghawa dingin, komputer dan peralatan elektrik secara cekap.
  • SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
  • Mengurangkan pembaziran sumber, penggunaan kertas dan plastik sekali guna serta memperkukuh amalan guna semula, pengasingan sisa dan kitar semula.
  • SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim
  • Mengurangkan kesan terhadap alam sekitar melalui amalan pejabat rendah karbon dan pembudayaan tingkah laku mesra alam.

Semua aktiviti Pejabat Hijau@UPD boleh didapati di ICON di bawah:

Aktiviti Kelestarian Terkini di UPD

International Coastal Cleanup 2025 ini adalah anjuran UPD telah diadakan pada 4 Oktober 2025. Beach cleanup ini diadakan sejajar dengan SDG 15: Life On Land.

Poster Kelestarian Jom Selamatkan Pokok

Salah satu daripada inistiatif UPD untuk memastikan staf mengambil maklum bahawa terdapat banyak tips untuk mengurangkan penggunaan kertas di unit.

Hebahan Zon Bebas Rokok dan Vape

Hebahan dilakukan melalui whatsapp dan emel rasmi unit kepada semua staf sebagai peringatan.