Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Uncategorised

Lawatan Pensyarah Prince of Songkhla ke UPD, HPUSM

LAWATAN PENSYARAH PSU KE UPD, HPUSM

Hospital Universiti Sains Malaysia
Prince of Songkla University

Pada 27 Januari 2026, Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), HPUSM telah menerima kunjungan hormat daripada pensyarah Prince of Songkla University (PSU), Thailand dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung dari jam 9.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Operasi UPD.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengukuhan jaringan kerjasama akademik dan profesional antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang pemakanan klinikal dan pengurusan perkhidmatan dietetik hospital. Delegasi PSU telah diberikan penerangan menyeluruh berkaitan struktur organisasi UPD, aliran kerja penyediaan diet pesakit, kawalan keselamatan makanan serta pematuhan standard kualiti yang diamalkan di hospital.

Sesi lawatan ini melibatkan staf UPD iaitu Pn. Azima, Pn. Qay dan En. Faizal yang turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam memastikan perkhidmatan pemakanan dan dietetik dilaksanakan secara sistematik, efisien dan berkualiti tingg

  • Hits: 60

Dewan Bedah Pergigian (OT) Unit Perkhidmatan Pergigian

Unit Perkhidmatan Pergigian

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Dewan Bedah Pergigian (OT)

Dirasmikan oleh Pengarah Hospital USM pada 1 Januari 2008 dan memulakan perkhidmatan pada 26 Disember 2007. Pada mulanya hanya kes di bawah Anestesia Tempatan (LA) dilakukan di sini tetapi kini kes di bawah Anestesia Am (GA) juga dilakukan di sini dengan sokongan daripada Jabatan Anestetik. Kawasan ini termasuk kaunter pendaftaran, ruang operasi, ruang pemulihan, bilik persalinan kakitangan, pantri dan kawasan pembersihan.

Baca selanjutnya …Dewan Bedah Pergigian (OT) Unit Perkhidmatan Pergigian

  • Hits: 243