Lawatan Pensyarah Prince of Songkhla ke UPD, HPUSM
LAWATAN PENSYARAH PSU KE UPD, HPUSM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Prince of Songkla University
Pada 27 Januari 2026, Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), HPUSM telah menerima kunjungan hormat daripada pensyarah Prince of Songkla University (PSU), Thailand dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung dari jam 9.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Bilik Operasi UPD.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha pengukuhan jaringan kerjasama akademik dan profesional antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang pemakanan klinikal dan pengurusan perkhidmatan dietetik hospital. Delegasi PSU telah diberikan penerangan menyeluruh berkaitan struktur organisasi UPD, aliran kerja penyediaan diet pesakit, kawalan keselamatan makanan serta pematuhan standard kualiti yang diamalkan di hospital.
Sesi lawatan ini melibatkan staf UPD iaitu Pn. Azima, Pn. Qay dan En. Faizal yang turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam memastikan perkhidmatan pemakanan dan dietetik dilaksanakan secara sistematik, efisien dan berkualiti tingg
- Hits: 67
