Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

6201746674951064470

6201746674951064472

Survey Dalaman Penarafan Organisasi HPUSM Bil. 2/2025 Berjalan Lancar di Unit Pemakanan dan Dietetik

Survey Dalaman Penarafan Organisasi Hospital Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Bil. 2/2025 telah diadakan pada 16 Disember 2025 oleh Kumpulan Auditor 28 yang diketuai oleh KJ Mohd Habil.

Survey ini telah dilakukan di Bahagian dapur hospital berserta klinik dietetik pesakit luar

Pelaksanaan survey ini bertujuan menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pengurusan organisasi selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan. Sepanjang sesi audit, beberapa komen dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkukuh lagi sistem pengurusan sedia ada.

Antara komen dan cadangan yang dibangkitkan ialah:

i) Mendapatkan nombor harta bagi aset yang bersekali dengan bangunan bagi memastikan rekod aset lebih lengkap dan teratur.
ii) Mempamerkan carta organisasi di Klinik Dietetik Pesakit Luar, HPUSM bagi meningkatkan kejelasan struktur pentadbiran dan memudahkan rujukan warga kerja serta pelanggan.

Secara keseluruhannya, survey dalaman ini berjalan dengan lancar dan memberi ruang penambahbaikan berterusan dalam usaha memastikan kecemerlangan organisasi terus dipertahankan.