Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Hemodialisis

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Apakah itu hemodialisis?

    Hemodialisis adalah rawatan membersihkan darah daripada bahan kumuh dan air berlebihan daripada badan dengan menggunakan mesin hemodialisis melalui membran separa telap (penapis).

  2. Berapa lamakah masa rawatan hemodialisis?

    Rawatan hemodialisis biasanya dilakukan selama empat (4) jam dan tiga (3) kali seminggu mengikut arahan di fasiliti hemodialisis.

  3. Apakah yang boleh saya lakukan semasa menerima rawatan hemodialisis?

    Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti membaca, menonton TV, bekerja dengan komputer riba, tidur dan berbual-bual.

  4. Bolehkah saya mengambil minuman dan makanan semasa rawatan hemodialisis?

    Boleh mengambil minuman mengikut saranan doktor dan makanan yang tinggi kandungan protein tetapi mesti kurang kandungan garam, potasium dan fosforus. Anda disarankan untuk tidak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak semasa mendapatkan rawatan hemodialisis.

  5. Adakah rawatan hemodialisis boleh memberikan risiko kepada saya?

    Dapatkan pandangan dan penjelasan lanjut berkenaan risiko rawatan hemodialisis dengan pakar perubatan dan pegawai perubatan yang merawat anda.

  6. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam unit hemodialisis?

    Tidak. Waris hanya dibenarkan menunggu dan berada di tempat yang telah disediakan.

  7. Adakah pihak unit hemodialisis bertanggungjawab ke atas kehilangan harta benda pesakit/waris?

    Tidak. Pihak unit tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barangan berharga semasa berada di unit hemodialisis.