Unit Hemodialisis Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia terletak di aras jalan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP-Blok 1) dan bersebelahan dengan Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Unit Hemodialisis Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia terletak di aras jalan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP-Blok 1) dan bersebelahan dengan Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.
Mula beroperasi pada tahun 1987 dengan seliaan Dr. Fabiola D’Crtus di bawah Jabatan Medikal Hospital Universiti Sains Malaysia. Pada awal pengoperasian, unit ini digerakkan oleh tiga (3) orang tenaga paramedik iaitu seorang (1) penolong pegawai perubatan dan dua (2) orang jururawat terlatih.
Perkhidmatan hemodialisis telah berkembang dengan pesat selari dengan kemajuan teknologi, keperluan rawatan pesakit dan kemajuan dalam bidang perubatan terkini. Penggunaan mesin hemodialisis serta teknologi peralatan medikal terbaharu amat dititikberatkan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Kami turut melibatkan pesakit kronik serta waris dalam perawatan hemodialisis. Pengambilan tanda vital dan bacaan berat badan sebelum dan selepas rawatan hemodialisis secara self care (layan diri) serta pemasangan sendiri tiub darah mesin hemodialisis bagi pesakit yang stabil dan berkemampuan akan meningkatkan keyakinan dan jati diri pesakit.
Pada masa kini, kami beroperasi dengan kapasiti slot hemodialisis berikut: