Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Audiologi & Patologi Pertuturan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan telah beroperasi di Hospital USM sejak 15 November 2000 dengan jumlah pegawai seramai empat (4) orang di penempatan Klinik Pakar ORL. Sebelum tahun 2010, pertambahan pegawai telah berlaku melibatkan tiga penempatan iaitu di Jabatan ORL, Jabatan Neurosains dan Unit Rekonstruktif Surgeri.

Sejajar dengan keperluan semasa universiti, pemusatan pengurusan dan pentadbiran bidang Audiologi dan Patologi Pertuturan telah ditambah baik melalui penubuhan Unit Audiologi & Patologi Pertuturan Hospital (UAPP) secara rasmi pada Disember 2010. Penubuhan ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggabungkan Pegawai Audiologi dan Pegawai Patologi Pertuturan di bawah satu struktur organisasi.

Sehingga kini, UAPP terus berkembang dalam menyediakan perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi Universiti Sains Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian institusi.

👁

Visi

Pengurusan perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan yang sistematik dan berpusat ke arah memartabatkan pembangunan profesional Pegawai Pemulihan Perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia dan peringkat seterusnya.

🎯

Misi

Memperkasa pengurusan perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan untuk memastikan kelestarian kualiti perkhidmatan serta pembangunan profesion Pegawai Pemulihan Perubatan di USM dan peringkat seterusnya.