BENGKEL KEIBUBAPAAN: ANAK SERONOK MENEROKA, PETAH BERCAKAP
Ditulis oleh Admin | 15 Ogos 2018
Bengkel ini merupakan program anjuran Klinik Pertuturan, Hospital USM dengan USAINS Tech pada 15 Ogos 2018. & Services Sdn. Bhd. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak serta mengupas isu semasa mengenai pengaruh gajet terhadap perkembangan bahasa, sosial, emosi dan tingkah laku anak.
Ceramah telah disampaikan oleh ahli profesional kesihatan, iaitu Prof. Madya Dr Azizah Othman, Dr. Mohd Syahrul Fitri Zawawi, Pn. Sarina Ahmad dan Pn. Siti Norhayati Mohd Noor.
Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, staf USM dan Pengurus pusat asuhan kanak-kanak telah hadir ke bengkel kali ini. Menariknya, para peserta berpeluang mempelajari teknik-teknik rangsangan bahasa dan aktiviti yang dapat membantu anak-anak dalam kemahiran komunikasi. Para peserta telah memberikan komen yang positif dan mengharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.