Perkhidmatan Patologi Pertuturan
Pekhidmatan Patologi Pertuturan terbahagi kepada dua iaitu:
-
Perkhidmatan Pesakit Luar
Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi Pertuturan, Bahasa dan Penelanan kepada pesakit luar di Klinik Pertuturan merangkumi proses penilaian , diagnosis, intervensi/rehabilitasi , pemantauan dan evaluasi serta disampaikan kepada pesakit melalui sistem temujanji secara individu dan juga berkumpulan di Klinik Pertuturan.
- Perkhidmatan Pesakit Dalam
Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi Pertuturan, Bahasa dan Penelanan kepada pesakit dalam wad HUSM merangkumi proses saringan, diagnosis, rehabilitasi dan pemantauan serta disampaikan kepada pesakit melalui khidmat saringan dan nasihat di wad HUSM.