Sejarah Hospital Universiti Sains Malaysia
Pembinaan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) pada tahun 1977 merupakan titik perkembangan kawasan sekitarnya. Hospital USM mula beroperasi sebagai Hospital Pengajar Universiti pada tahun 1983 yang merupakan HPU kedua (2) selepas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Hospital USM adalah Hospital Pengajar Universiti (HPU) dan Pusat Rujukan yang cemerlang dengan perkhidmatan berkualiti dan berteknologi terkini yang menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan, pengajaran dan penyelidikan Pusat-pusat Pengajian di Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kampus Kesihatan yang merangkumi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) serta jabatan-jabatan cawangan.
Hospital USM telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1984.Tujuan utama penubuhan Hospital USM adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Selain itu, Hospital USM juga menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit serta memberi peluang kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.
Hospital USM juga mempunyai hubungan rapat serta membuat penyelarasan dengan hospital dan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam isu-isu kepentingan bersama.
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Mulai Ogos 2024, Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Mesyuarat ke-158 bertarikh 21 Ogos 2024 telah meluluskan cadangan penjenamaan semula nama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Penjenamaan semula ini adalah bersesuaian dengan peranan, hasrat dan fungsi masa kini HPUSM serta selari dengan hala tuju HPUSM sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
Selaku hospital pakar, HPUSM komited untuk menjadi pusat latihan berkualiti tinggi bagi program-program akademik dalam bidang perubatan, pergigian serta sains kesihatan dan dalam masa sama menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran berkualiti kepada rakyat, selain turut menjadi medan penyelidikan dalam pelbagai bidang kesihatan untuk manfaat negara dan dunia.
Statut Hospital Pakar USM (Pindaan 6 Januari 2023)
Statut Hospital Pakar USM (Pindaan 6 Januari 2023)
Hospital Pakar USM ;
- Hospital Pakar USM ditubuh, diurus dan dikelolakan bagi memenuhi keperluan pendidikan, pengajaran dan penyelidikan, perubatan, pergigian dan kesihatan untuk Universiti dan Malaysia.
- Hospital Pakar USM ditubuhkan di bawah Akta dan memainkan peranan sebagai hospital pengajar Universiti.
- Hospital Pakar USM boleh memberikan perkhidmatan perubatan, pergigian dan kesihatan kepada pesakit.
- Hospital Pakar USM berperanan sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan perkhidmatan klinikal yang diiktiraf di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
- Hospital Pakar USM boleh menubuhkan hospital cawangan sepertimana yang dipersetujui oleh Lembaga.
Objektif Hospital Pakar USM
Hospital Pakar USM berperanan seperti yang berikut:
- berfungsi sebagai sebuah hospital pendidikan, pengajaran dan penyelidikan bagi Universiti Sains Malaysia;
- berfungsi sebagai sebuah hospital rujukan bagi faedah masyarakat selaras dengan keperluan Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan Malaysia;
- berfungsi sebagai sebuah hospital yang boleh memohon dan menerima geran penyelidikan klinikal bagi tujuan penyelidikan dari dalam dan luar Malaysia;
- mengadakan kemudahan bagi pembelajaran dan penyelidikan yang akan dijalankan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan mana-mana Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi Universiti;
- bekerjasama menyediakan kemudahan bagi keperluan pendidikan, pengajaran dan penyelidikan perubatan dan kesihatan dengan mana-mana institusi di dalam dan/atau luar negara sebagaimana yang dibenarkan oleh Universiti;
- bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan dan swasta bagi pemajuan bidang kesihatan di dalam dan di luar negara sebagaimana yang dibenarkan oleh Universiti;
- membantu mana-mana unit di dalam Hospital Pakar USM dalam melaksanakan perkhidmatan perubatan, pergigian dan kesihatan kecemerlangan lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;
- melaksanakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan lain yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Struktur Organisasi
Ahli Majlis Hospital Pakar USM

Majlis Hospital Pakar USM terdiri daripada Pengerusi dan ahli yang berikut:-
- Naib Canselor sebagai Pengerusi;
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sebagai Timbalan Pengerusi;
- Seorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Lembaga, yang hendaklah bukan dari kalangan wakil Senat Universiti dalam Lembaga;
- Ketua Kampus
- Pendaftar;
- Bendahari;
- Penasihat Undang-Undang;
- Pengarah Hospital Pakar USM;
- Dekan Perubatan;
- Dekan Pergigian;
- Dekan Kesihatan;
- Dekan Farmasi;
- Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT/PPUSMB);
- Pengarah Pusat Sejahtera;
- Wakil tetap Kementerian Kesihatan Malaysia; dan
- Wakil tetap Kementerian Kewangan Malaysia.
- Seorang wakil Pendaftar yang paling kanan di Hospital Pakar USM ialah Setiausaha kepada Majlis Hospital Pakar USM.
Pengurusan Tertinggi
Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani
Profesor Dr. Zaidi Zakaria
Profesor Dr. Mohd Imran Yusof
Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud
Mohd Saberi Mohd Yusoff
Profesor Dr. Shatriah Ismail
Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar
Carta Organisasi Pengurusan Tertinggi HPUSM

Carta Organisasi Hospital Pakar USM
Pengarah Hospital Pakar USM
Prof. Dato' Dr.
Prof. Dr.
(Timbalan Pengarah Klinikal)
Prof. Dr.
(Timbalan Pengarah Operasi)
Dr.
(Timbalan Pengarah Infrastruktur & Aset)
Dr.
(Timbalan Pengarah Digital)
Prof. Dr.
(Timbalan Pengarah Korporat & Kelestarian)
(Timbalan Pengarah Pentadbiran)
(Timbalan Bendahari)
(Ketua Jabatan Farmasi)
(Ketua Jabatan Jururawat)
Prof. Dr.
(Ketua Unit Klinikal)
Prof. Dr.
(Ketua Unit Pembangunan Korporat)
Dr.
(Ketua Unit Digital)
(Ketua Unit Pentadbiran & Kemudahan Am)
(Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan)
(Ketua Unit Pemakanan & Dietetik)
(Ketua Unit Rekod Perubatan)
(Timb. Pengarah Pusat Islam (Zon Hospital ) )
Prof. Madya Dr.
(Ketua Perubatan Penyakit Dalam)
Prof. Dr.
(Ketua Jabatan ORL-HNS)
Prof. Dr.
(Ketua Jabatan Neurosains)
Prof. Dr.
(Ketua Jabatan Ortopedik)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Radiologi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Obsterik & Ginekologi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Pediatrik)
Dr.
(Penyelaras Unit Sains Rekonstruktif)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Psikiatri)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Surgeri)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Anestesiologi)
Dr.
(Ketua Jabatan Perubatan Nuklear Radioterapi & Onkologi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Oftalmologi)
Prof. Dr.
(Ketua Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi)
Dr.
(Ketua Unit Perubatan Transfusi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Perubatan Keluarga)
Dr.
(Ketua Jabatan Imunologi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Patologi)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Patologi Kimia)
Dr.
(Ketua Perkhidmatan Pergigian)
Prof. Madya Dr.
(Penyelaras Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan)
Prof. Madya Dr.
(Penyelaras Unit Perubatan Pemulihan/Rehabilitasi)
Dr.
(Penyelaras Pusat genom Manusia)
Prof. Madya Dr.
(Ketua Jabatan Farmakologi)
Dasar Korporat Hospital Pakar USM
Dasar Korporat Hospital Pakar USM
Sebagai sebuah organisasi korporat yang cemerlang, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang beroperasi berdasarkan kepada:
- Kecekapan pentadbiran dan pengurusan
- Produk perkhidmatan yang berkualiti
- Berkepentingan dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan
- Penjanaan kewangan yang optima
- Pembinaan nilai murni sumber manusia
- Pemeliharaan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat
