Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
LANTIKAN PENYELARAS UNIT UAPP
Kemajuan Kerjaya Staf UAPP
BIODATA
Nama: Izzat Ismail
Tempat Lahir: Pendang, Kedah
Keluarga: Mempunyai seorang isteri dan 3 orang cahaya mata
Jawatan: Ketua Bidang Patologi Pertuturan Hospital USM, UAPP
Berkhidmat di Klinik Audiologi: 13 Tahun
Beliau juga pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Tahun 2013 dan Kemajuan Kerjaya pada Tahun 2021
“Semoga perkhidmatan Patologi Pertuturan dan Audiologi semakin maju pada masa akan datang”-Izzat Ismail
PROGRAM MEGA SCREENING AND LANGUAGE

9.3.2022 Klinik Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Program Patologi Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Klinik Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan telah menganjurkan Program Mega “Speech and Language Screening”. Program ini telah dilaksanakan selama empat hari pada tarikh 6 Mac hingga 9 Mac 2022 melibatkan gabungan tenaga kerja daripada Pegawai Pemulihan Perubatan (Patologis Bahasa & Pertuturan), Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologis), pensyarah dan pelajar serta kakitangan sokongan. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dan sumbangan daripada Koperasi USM dan badan bukan kerajaan sekitar Kelantan iaitu REAL U Centre, Dr Hearing and Speech Centre, Pusat Rehabilitasi Interaktif AA, Best Speech Care, Special Kidz Rehab Care Centre dan D’ Healthy Therapy Centre.
Matlamat utama program adalah untuk memendekkan jangkamasa menunggu pesakit untuk mendapat perkhidmatan saringan. Impak terbesar program ini adalah sesi penilaian, diagnosis dan rawatan rehabilitasi serta kaunseling dapat dirancang lebih awal mengikut keutamaan kes bagi menjamin prognosis yang lebih optimum. Secara tidak langsung, persoalan ibubapa mengenai status kesihatan anak mereka dapat dirungkai lebih awal. Program ini juga memberi impak yang sangat baik di mana para pelajar dapat menggilap pengetahuan dan kemahiran penyaringan pesakit. Selain itu dapat memberi pendedahan awal kepada mereka bagaimana menyumbang kepakaran kepada masyarakat.
Seramai 76 peratus melibatkan 133 orang pesakit telah hadir dari 174 orang dalam senarai menunggu. Pesakit yang disaring ini melibatkan kanak-kanak berumur di bawah satu tahun hingga 7 tahun. Sebahagian besar pesakit ini adalah rujukan daripada Klinik-klinik Pakar Hospital USM, Klinik-klinik Kesihatan KKM dan Klinik dan Hospital Swasta di sekitar negeri Kelantan dan sempadan Terengganu.
Seratus peratus pesakit yang disaring telah disyaki mempunyai kelewatan dan/atau kecelaruan berkaitan. Sebahagian besar iaitu 92 peratus di syaki mengalami masalah kelewatan dan/atau kecelaruan bahasa. Selebihnya di syaki mengalami kecelaruan dan/atau kelewatan pertuturan (8 peratus), resonasi (2 peratus), penelanan (3 peratus). Daripada 133 orang pesakit yang disaring, 33 orang (25 peratus) telah menjalani ujian pendengaran dan seramai 19 orang 58 peratus) disyaki mengalami masalah pendengaran dan menerima tarikh ujian susulan audiologi.
Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat. Semoga ia dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai satu wadah universiti untuk berkhidmat kepada pelbagai lapisan komuniti dan ramai yang mendapat manfaat daripadanya.
Laporan disediakan oleh:
Sarina binti Ahmad
Timbalan Pengarah
Program Mega ‘Speech and Language Screening”
Hari Pendengaran Sedunia 2022
Penjagaan Pendengaran Merentasi Jangka Hayat dan Pendidikan: Perspektif Malaysia dan Indonesia

Berikutan kejayaan tahun lepas, Program Audiologi dengan kerjasama Klinik Audiologi, Hospital USM telah mengadakan satu lagi acara antarabangsa yang menampilkan tiga universiti: Universiti Sains Malaysia (USM, Malaysia), Universitas Gadjah Mada (UGM, Indonesia), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Malaysia). Acara ini diadakan sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 pada 17 Mac 2022 dengan tema "to hear for life, listen with care". Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan kempen ini sebagai salah satu daripada beberapa cara untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendengaran yang sihat, pencegahan, pengenalan awal, dan rawatan yang betul terhadap masalah pendengaran. Selain itu, kami di peringkat kebangsaan, terutamanya USM, telah giat mempromosikan semangat Hari Pendengaran Sedunia dengan menyertai sebagai rakan kongsi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahun ini, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, telah melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2022 di peringkat kebangsaan (Malaysia) di Hospital Serdang pada 3 Mac 2022. Beliau menyatakan bahawa Malaysia akan mempunyai 40,743 orang dewasa dan kanak-kanak yang pekak dan mengalami masalah pendengaran yang berdaftar menjelang 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, statistik ini kurang dilaporkan. Beliau menasihatkan individu pekak dan sukar pendengaran untuk mendaftar dengan orang kurang upaya kebangsaan supaya mereka layak mendapat semua faedah yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu, Program Audiologi di Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Klinik Audiologi di Hospital USM ingin turut menangani kepentingan bersama dalam penjagaan kesihatan pendengaran sepanjang hayat dan pendidikan pada Perspektif Malaysia dan Indonesia.
Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, telah merasmikan majlis ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas usaha mereka dalam memastikan kejayaan acara ini dan penghargaan kepada rakan industri kami, terutamanya Best Hearing Aid Sdn Bhd. dan Cochlear. Selain itu, katanya, "USM mengutamakan pembangunan penjagaan kesihatan pendengaran, dan kami menerima RM120 juta agihan perbelanjaan melalui RMK 12 bagi penubuhan Kompleks Klinik Pakar, yang merangkumi Klinik Audiologi. Usaha ini dijadualkan berakhir pada tahun 2025. Penambahan Klinik Audiologi ini akan membantu meningkatkan akses komuniti kepada perkhidmatan pakar audiologi".

Seramai sembilan orang penceramah dari USM, UGM dan UPSI telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang kepakaran masing-masing bagi mencapai matlamat acara ini. Selain itu, acara ini mempunyai tiga bahagian yang berbeza: pendengaran (Bilik 1), serta pendidikan dan psikologi (Bilik 2). Kami menerima seramai 263 peserta dari Malaysia dan Indonesia. Acara ini berlangsung lebih dari lima jam dan mendapat reaksi yang hebat, dengan majoriti hadirin menilai acara tersebut sebagai sangat bersetuju (58.6%) atau bersetuju (39.5%) bahawa ia memenuhi jangkaan mereka untuk kualiti program.

SEMINAR " ENHANCING KNOWLEDGE OF INNER EAR DISORDERS AND ELECTROCOCHLEOGRAPHY"

Seminar sehari ini adalah yang julung kali diadakan khusus kepada ahli audiologi dan ahli otorhinolaryngologi Malaysia dengan pengetahuan terkini mengenai patofisiologi gangguan telinga dalam dan elektrocochleografi (ECochG). Seminar ini akan disampaikan oleh Dr. Robert Patuzzi dari Australia. Disamping itu, seminar ini juga sesuai untuk calon sarjana dan pascasiswazah yang mempelajari audiologi, otorhinolaryngology dan neurosains pendengaran.
OBJEKTIF SEMINAR
2.1 Memperkukuhkan Pengetahuan dan Pemahaman Fisiologi dan Patofisiologi Telinga Dalam
2.2 Untuk Memperolehi Pemahaman yang Lebih Baik mengenai Hubungan antara Mekanisme Patofisiologi dan Hasil Audiometrik Nada Tulen untuk Gangguan Telinga Dalam
2.3 Untuk Meningkatkan Pengetahuan dan Pemahaman Mengenai Aspek Asas dan Klinikal Elektrocochleografi
2.4 Menggalakkan Aplikasi Elektrocochleografi dalam kalangan Ahli Audiologi dan Pakar Otorhinolaryngologi di Malaysia
PERSARAAN PUAN ROKIAH BIN MAT (PPK UNIT)
Terima kasih diucapkan atas khidmat sumbangan Puan Rokiah kepada Unit dan HUSM
IMG 20220511 120900 Edit 595426258285639
IMG 20220511 104014
IMG 20220511 114629
PROGRAM: OUTREACH HEALTH SCREENING (KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRISS)- PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI USM MERICAN) ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
23 Julai 2022, Masjid Al-sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. Di bawah program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRISS) dan kerjasama daripada USM-Merican telah menganjurkan program saringan kesihatan kepada masyarakat setempat. Klinik Audiologi HUSM juga turut memberikan khidmat bagi menjalankan ujian pendengaran kepada masayarakat setempat. Hasil saringan pendengaran didapati sebanyak 57.14% gagal ujian pendengaran dan telah diberikan temujanji bagi rawatan susulan di Hospital USM.
PROGRAM: SARINGAN MULTIDISIPLIN UNTUK PENENTUAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN (LINUS)
JABATAN/UNIT: UNIT AUDIOLOGI & PATOLOGI PERTUTURAN
28 Julai 2022, Khamis. Unit Audiologi & Patologi Pertuturan telah bekerjasama dengan Unit Pemulihan Perubatan Hospital USM sebagai penganjur utama dan Program Libatsama Komuniti USM-MERICAN bagi menjayakan program saringan multidisiplin penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi kanak-kanak sekolah rendah di daerah Kota Bharu dan Pasir Mas. Program ini dijalankan di Pusat Kegiatan Guru, SK Kota, bertujuan untuk mengenalpasti murid-murid tahap 1 yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan pendidikan khas dan membuat pengesahan perubatan terhadap murid-murid yang terlibat. Seramai 33 orang pelajar telah disenarai nama pendek bagi menjalani ujian pada kali ini.
Selain daripada saringan pendengaran oleh Pegawai Audiologi dan pertuturan oleh Pegawai Patologi Pertuturan, murid-murid juga akan menjalani saringan oleh Pakar Perubatan Carakerja, Pakar Oftalmologi dan Psikologis Klinikal.
Murid-murid yang dikenalpasti gagal dalam saringan ini akan diberi temujanji susulan bagi rawatan seterusnya di Hospital USM.
Program ini juga mendapat kerjasama erat daripada Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, PPD Pasir Mas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu. Terdapat juga Syarikat Alat Bantu Pendengaran yang turut membantu menjayakan program ini daripada Audiolab Sdn. Bhd., Tune Hearing dan Syarikat Rosmadi wakil Syarikat Optometri.
Program Libatsama Komuniti USM-Merican ORL Karnival Pasir Mas Sihat Sejahtera 2022 Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Jajahan Pasir Mas di Stadium Mini Pasir Mas dan Dewan Majlis Daerah Pasir Mas
13 Ogos 2022, Sabtu. UAPP berserta beberapa lagi team dari Hospital USM turut bersama menjayakan program saringan kesihatan peringkat jajahan Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam termasuk kesedaran tentang kesihatan pendengaran dan pertuturan dalam kalangan masyarakat.
Program KPT Prihatin (KRIS) – E-SPORT VS PENDENGARAN
6 Oktober 2022, Khamis. Menyahut seruan daripada Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) 2022, UAPP turut sama untuk menjayakan salah satu program bagi aktiviti KRIS pada kali ini. Dengan bertajuk “E-sport vs Pendengaran” yang memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 5. Objektif utama kami adalah untuk memberi kesedaran kesan penggunaan peranti telinga (insert/headphone) pada pendengaran, kepentingan penjagaan pendengaran, dan cara penggunaan peranti telinga yang selamat yang disampaikan melalui ceramah.
Selain itu, kami turut memberi saringan pendengaran kepada pelajar Tingkatan 5 yang terpilih. Lokasi program ini dijalankan adalah di Sek. Men. Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas.
