Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Audiologi & Patologi Pertuturan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

CAKNA MURID BERKEPERLUAN KHAS: BICARA 3 PENJURU

Sesi Webinar yang dijalankan pada 12 September dan 23 September 2021 melalui Webex/ Live FB Page yang berkisarkan berkaitan masalah pendengaran dan pertuturan yang diwakili oleh ahli HIT USM kerjasama bersama UPSI dan JPN Perak.

Seminar ini dibahagikan kepada 2 Sesi

Pada Sesi Pertama (12 September 2021) - Tema: Penjagaan Pendengaran dan Pertuturan Murid Berkeperluan Khas Tanpa Sempadan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Disampaikan oleh barisan penceramah hebat daripada HIT USM iaitu Dr. Nik Adilah Nik Othman (Pakar Bedah ORL-HNS), Cik Suzana Mansor (Audiologis), En. Izzat Ismail (Patologi Pertuturan) dan Pn. Wan Norzalen Mohamad (Psikologis Klinikal, Jabatan Neurosains)

Bagi menyaksikan ulangan sepanjang sesi ceramah Pertama ini, boleh click link di bawah :

https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/391346862509967

 

Pada sesi Kedua (23 September 2021) - Pendidikan Murid Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran dan Pertuturan Serta Harapan Ibu Bapa

Barisan Penceramah adalah terdiri daripada Dr. Syamsinar Abd Jabar, En. Mohammad Thayyib Razali, Pn. Rohamiyah Muda, Pn. Noreha Mohd Yusof dan wakil daripada bapa Murid Berkeperluan Khas iaitu En. Chua Teck Kuang.

Bagi menyaksikan ulangan sepanjang sesi ceramah Kedua ini, boleh click link di bawah :

https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/594400501691119

 

PENJAGAAN TELINGA (PROGRAM CAKNA MBK: BICARA 3 PENJURU)

13 September 2021- Dr Nik Adilah berkongsi tentang pembentukan telinga dan pendengaran yang terbentuk sejak dari rahim lagi. Pada minggu ke 18 kandungan: lubang telinga, kandungan 24 minggu telinga berfungsi dengan sempurna. Ibu bapa boleh bercakap dengan bayi seawal kandungan 5 bulan.

Dr Nik Adilah juga berkongsi tentang kepentingan tahi telinga/lilin  telinga/ cerumen yang wujud di telinga luar. Fungsinya adalah untuk melindungi telinga daripada jangkitan kuman/ bakteria, dan bendasing seperti serangga kecil atau kotoran.

Dr Nik Adilah berkata lagi telinga kita mempunyai mekanisma automatik dimana tahi telinga/ kulit2 mati/kotoran akan keluar dengan sendiri apabila kita bercakap, mengunyah makanan. 

Putik kapas tidak sesuai digunakan untuk mencuci telinga kerana ianya boleh menolak tahi telinga ke dalam. Sekiranya anda ingin menggunakan putik kapas pastikan anda mencuci diluar sahaja.

Kebiasaan mengorek telinga boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, dan masalah pendengaran.

Ketahui perkongsian lajut daripada Dr. Nik Adilah Nik Othman- Pakar Bedah, ORL-HNS, Hospital USM di sesi Bicara 3 Penjuru di link di link berikut: 

https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/391346862509967

MASALAH PENDENGARAN DAN PENGENDALIAN ASAS ALAT PENDENGARAN (PROGRAM BICARA 3 PENJURU)

13 September 2021- Cik Suzana Mansor, Pegawai Audiologi Hospital USM

“Masalah pendengaran adalah ketidakupayaan seseorang individu itu untuk mendengar secara penuh atau dia hanya dengar sedikit-sedikit sahaja bunyi itu. Masalah pendengaran boleh terjadi sama ada pada satu telinga atau kedua-dua belah telinga. Masalah pendengaran ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepada 2 iaitu: masalah pendengaran dan tahap pendengaran” ujar Cik Suzana.

Masalah pendengaran terbahagi kepada 3

  1. Masalah pendengaran konduktif
  2. Masalah pendengaran campuran
  3. Masalah pendengaran sensoryneural

Tahap pendengaran terbahagi kepada 5

  1. Normal
  2. Masalah pendengaran tahap ringan
  3. Masalah pendengaran tahap sederhana
  4. Masalah pendengaran tahap teruk
  5. Masalah pendengaran tahap sangat teruk

Menurut Cik Suzana lagi, masalah pendengaran boleh terjadi pada semua lapisan umur atas faktor-faktor tertentu. Menurut kajian, 1-3/ 1000 kelahiran bayi ada masalah pendengaran. Sangat disarankan untuk bayi mendapatkan saringan pendengaran seawal umur 1 hari. Tujuan saringan pendengaran bayi baru lahir adalah supaya kita (Audiologis) dapat memberi intervensi awal supaya bayi anda berpotensi mempunyai perkembangan pertuturan dan bahasa normal.

Bagi ulasan lanjut, anda boleh saksikan rakaman sesi Bicara 3 Penjuru di link ini https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/391346862509967

 

MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA DALAM KALANGAN MBK (PROGRAM CAKNA MBK- CARA 3 PENJURU)

13 September 2021- En Izzat Ismail, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan Hospital USM)

“Kecelaruan komunikasi adalah gangguan kepada masalah menyampaikan maklumat dan/atau pun memahami maklumat melalui sesuatu medium seperti  menggunakan mulut atau instrument lain untuk menyampaikan maklumat. Masalah kecelaruan komunikasi menyebabkan kesukaran pertukaran maklumat” ujar En Izzat.

Kecelaruan komunikasi boleh dibahagikan kepada 4 bahagian:

  1. Bahasa
  2. Pertuturan
  3. Pendengaran
  4. Pembelajaran

Menurut En Izzat, masalah literasi adalah masalah paling banyak dijumpai dalam kalangan MBK. Mereka mampunyai masalah untuk mengenal huruf, mengeja, menggabungkan bunyi yang boleh menyebabkan masalah komunikasi di dalam kelas.

En Izzat juga berkongsi teknik-teknik bagi meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar MBK. Anda boleh saksikan rakaman penuh di link berikut https://www.facebook.com/fpmpage.upsi/videos/391346862509967

Anugerah Pekerja Cemerlang 2021