Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Audiologi & Patologi Pertuturan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan telah beroperasi di Hospital USM sejak 15 November 2000 dengan jumlah Pegawai seramai empat (4) orang di penempatan Klinik Pakar ORL. Sebelum tahun 2010, pertambahan Pegawai telah berlaku melibatkan tiga penempatan iaitu di Jabatan ORL, Jabatan Neurosains dan Unit Rekonstruktif Surgeri. Sejajar dengan keperluan semasa universiti, pemusatan pengurusan dan pentadbiran bidang Audiologi dan Patologi Pertuturan telah ditambah baik dengan penubuhan Unit Audiologi & Patologi Pertuturan Hospital (UAPP) secara rasmi pada bulan Disember 2010 di penempatan Klinik Audiologi dan Klinik Patologi Pertuturan. Penubuhan unit ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggabungkan Pegawai Audiologi dan Pegawai Patologi Pertuturan di bawah satu struktur organisasi yang bernaung di bawah Pusat Tanggungjawab Hospital USM. Sehingga Oktober 2025, bertapak di Hospital Pakar USM, unit ini semakin berkembang dengan jumlah Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) seramai enam (6) orang, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) seramai enam (6) orang, seorang (1) Jururawat, seorang (1) Pembantu Operasi, dan seorang (1) Pembantu Perawatan Kesihatan. Selari dengan visi universiti iaitu ”Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”, bidang kami bukan sahaja telah menerajui perkhidmatan klinikal bahkan telah menyumbang secara aktif kepada pengajaran dan penyelidikan yang menyokong agenda kecemerlangan akademik dan kelestarian universiti.

Visi & Misi UAPP

Visi

Pengurusan perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan yang sistematik dan berpusat. Memartabatkan pembangunan profesional Pegawai Pemulihan Perubatan di HUSM dan peringkat seterusnya.

Misi

Memperkasakan pengurusan perkhidmatan Audiologi dan Patologi Pertuturan untuk kelestarian kualiti perkhidmatan dan profesion Pegawai Pemulihan Perubatan di USM dan peringkat seterusnya.