Sesi Ceramah HRMIS kepada Staf
Satu sesi ceramah HRMIS telah disampaikan oleh Puan Nisa bagi memberi penerangan dan pendedahan berkaitan penggunaan sistem HRMIS kepada warga kerja UPD. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kefahaman staf mengenai fungsi dan kepentingan HRMIS dalam pengurusan maklumat serta urusan perkhidmatan secara atas talian.
Antara pengisian yang dikongsikan termasuk tatacara pengemaskinian maklumat peribadi, permohonan cuti, rekod perkhidmatan serta penggunaan modul-modul utama dalam sistem HRMIS. Para peserta turut berpeluang mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan penjelasan berkaitan isu penggunaan sistem.
Sesi berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada staf yang hadir. Program seperti ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kecekapan serta memudahkan urusan pengurusan sumber manusia dalam organisasi.
- Hits: 120
