Tarikh: 15 Mac 2026
Masa: 6.30 petang – 8.30 malam
Tempat: Kaw. Sajian
Staf Terlibat: PD, PPPM, PPM, PKA dan PPK
Program Iftar Perdana UPD 2026 telah diadakan dalam suasana penuh mesra dan harmoni sebagai medium mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja UPD. Majlis ini menghimpunkan staf daripada pelbagai jawatan bagi bersama-sama berbuka puasa dan menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Selain menikmati juadah berbuka puasa, program ini turut menjadi platform memperkukuhkan semangat kerjasama, komunikasi dan ukhuwah dalam kalangan staf. Kehadiran dan komitmen semua warga UPD telah memeriahkan lagi majlis serta mewujudkan suasana kekeluargaan yang positif.
Program berlangsung dengan lancar dan diharapkan penganjuran aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk hubungan baik sesama staf serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.