Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

HPUSM

MEMBERI CERAMAH TENTANG MAKANAN SIHAT WARGA EMAS SEMPENA MAJLIS ZIARAH KASIH AIDILFITRI: SANTUNI WARGA EMAS

Pada 11 April 2026, telah berlangsung satu program ceramah kesihatan bertajuk “Makanan Sihat Warga Emas” sempena Majlis Ziarah Kasih Aidilfitri: Santuni Warga Emas bertempat di MESRA HOME CENTRE. Program ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam.

Ceramah ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga emas mengenai kepentingan pengambilan makanan sihat dan seimbang bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik serta meningkatkan kualiti hidup. Antara perkongsian yang disampaikan termasuk pemilihan makanan berkhasiat, kepentingan pengambilan protein, pengurangan gula dan garam serta amalan pemakanan yang sesuai mengikut keperluan warga emas.

Selain sesi ceramah, program turut diserikan dengan aktiviti ziarah dan santunan Aidilfitri bersama penghuni pusat jagaan sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan warga emas. Program berlangsung dalam suasana mesra dan penuh bermakna serta mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan penghuni pusat jagaan.

Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan pemakanan dan kesihatan warga emas di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

  • Hits: 82