Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH MS 1900:2014 HPUSM

Hospital Universiti Sains Malaysia
SIRIM Berhad

Nama Aktiviti: Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014 HPUSM
Tarikh: 4 Februari 2026
Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Bilik Operasi UPD, Dapur UPD dan Pejabat UPD

Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), HPUSM telah menjalani Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014 yang dilaksanakan oleh pihak SIRIM pada 4 Februari 2026.

Audit ini dikendalikan oleh En. Khalid Saleman selaku Auditor SIRIM dengan diiringi oleh KJ Muhammad Arif Husna dan Sister Fadihah Suzlina. Turut terlibat dalam sesi audit ini ialah wakil UPD iaitu W. Rimei Salha, Siti Azima, Nor Syarahani, Ruqayyah, Khairul, Rashidah, Azami dan Wan Noor Azimah.

Sepanjang sesi audit berlangsung, beberapa aspek pengurusan operasi, pematuhan prosedur kerja serta pelaksanaan amalan kualiti telah dinilai.

Teguran Lisan:

  • Staf SMS didapati mengendalikan peralatan menggunakan sarung tangan dan menggunakan sarung tangan yang sama untuk mengendalikan makanan.

  • Penambahbaikan perlu dilaksanakan dengan memastikan sarung tangan dipakai dengan betul ketika proses menghidang dan tidak memegang peralatan atau objek lain selepas pemakaian bagi menjamin keselamatan makanan.

Secara keseluruhan, pihak hospital menerima 3 NCR (Non-Conformance Report) yang memerlukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan lanjut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua staf yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang audit berlangsung. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah di HPUSM.

  • Hits: 42