Polisi Pengurusan Linen Hospital Pakar USM
1) Objektif
Pengurusan linen di Hospital Pakar USM adalah untuk memastikan:
- Keselesaan dan keselamatan pesakit.
- Meningkatkan imej Hospital Pakar USM.
- Memastikan kelangsungan alam sekitar dan kelestarian kewangan Hospital Pakar USM.
2) Skop
Pengurusan linen meliputi seluruh kawasan Hospital Pakar USM.
3) Definisi Linen
Linen bermaksud segala barangan tekstil yang boleh digunakan semula dan memerlukan pembersihan serta pembasmian kuman melalui pemprosesan cucian di Perkhidmatan Dobi.
Proses perolehan linen diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun, melibatkan implikasi kewangan yang besar. Pembelian dilakukan bagi menggantikan linen yang dilupuskan atau rosak, dengan kerjasama Unit Pentadbiran & Kemudahan Am serta Jabatan Kejururawatan.
Perkhidmatan Dobi turut membantu PTJ/jabatan selain Hospital Pakar USM dalam aspek pengurusan linen. Contoh jalinan khidmat sokongan termasuk:
-
Pusat Islam Kampus Kesihatan melalui jahitan karung spesimen bagi tujuan pengebumian spesimen.
-
Bilik Gerakan Banjir USM, di mana Perkhidmatan Dobi membantu menyediakan bekalan linen (selimut, sarung bantal, pakaian) kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara USM.