Kemudahan Disediakan
Dengan konsep “home away from home”, Rumah Ronald McDonald menyediakan suasana yang selesa, selamat dan mesra keluarga supaya ibu bapa atau penjaga dapat berada dekat dengan anak-anak sepanjang rawatan dijalankan.
Rumah ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, ruang rehat, dapur, ruang makan, bilik dobi dan kawasan permainan kanak-kanak bagi memberikan keselesaan kepada penghuni.
Kewujudan Rumah Ronald McDonald di HPUSM bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan keluarga pesakit, malah memberi sokongan emosi dan moral kepada kanak-kanak serta keluarga yang memerlukan sepanjang proses rawatan.