Perkhidmatan
Bahagian Pesakit Dalaman
Mengendalikan pesakit yang berkeadaan berpotensi untuk kemasukan wad.
Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau jabatan kecemasan
untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya.
Bahagian Pesakit Luar
Mengendalikan perawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan
perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari.
Perkhidmatan ini disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak
memerlukan pesakit bermalam di hospital.
Materniti dan NICU
-
Materniti menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan ibu sepanjang kehamilan,
semasa bersalin, selepas bersalin, serta menangani isu kesihatan wanita dari usia remaja
hingga menopause. Termasuk kes Obstetrik & Ginekologi, secara out patient dan in patient.
-
NICU merupakan unit rawatan rapi bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir sehingga usia 42 hari,
menerima rujukan luar mengikut kepakaran yang disediakan.
Bahagian Dewan Bedah
Menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit,
termasuk menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.
Bahagian Perkembangan Kejururawatan
Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini juga bertanggungjawab
dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti bagi memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai.
Perancangan seterusnya adalah melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan
dalam penyediaan perkhidmatan di Unit Kejururawatan.