Unit Kawalan Jangkitan & Epidemologi Hospital
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Pengenalan UKJEH
Mengenali Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital, sejarah penubuhan, peranan serta komitmennya dalam memastikan keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran hospital.
Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital
Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH) merupakan unit yang berperanan dalam mengawal dan mencegah jangkitan bagi memastikan keselamatan pesakit, kakitangan serta persekitaran hospital berada pada tahap yang optimum.
UKJEH turut menyokong pelaksanaan amalan pencegahan dan kawalan jangkitan melalui pemantauan, pendidikan, survelan serta pengukuhan standard keselamatan dalam perkhidmatan kesihatan.
Sejarah Penubuhan
Perkembangan Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital dari penubuhan awal sehingga struktur semasa.
Penubuhan Unit Kawalan Infeksi
UKJEH mula ditubuhkan dengan nama Unit Kawalan Infeksi dan bertempat di Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP). Pada ketika itu, unit mempunyai seorang Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat.
Penambahan Ketua Jururawat
Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi dengan penambahan seorang Ketua Jururawat. Pada 1 Ogos 1987, Komuniti Kawalan Jangkitan Penyakit di Hospital telah ditubuhkan.
Perkembangan Unit
Menjelang Mei 1999, lokasi Unit Kawalan Infeksi berpindah ke tingkat bawah pejabat. Unit diketuai oleh seorang Ketua Unit yang merupakan pakar Mikrobiologi dan diselia oleh seorang Penyelia Jururawat.
Penjenamaan UKJEH
Unit Kawalan Infeksi diberikan nama baharu iaitu Unit Kawalan Jangkitan & Epidemiologi Hospital (UKJEH). Pada masa yang sama terdapat penambahan seorang jururawat dan pertukaran seorang Pembantu Am Pejabat.
Pengukuhan Struktur UKJEH
UKJEH diterajui oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Ketua Unit dan Penyelia Jururawat serta disokong oleh Ketua Jururawat, Jururawat Kawalan Infeksi (ICN), Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan Pembantu Operasi.
Struktur Semasa
UKJEH terus berkembang dengan struktur anggota yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Klinikal, Ketua Unit, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat serta pasukan Jururawat Kawalan Infeksi bagi menyokong pelaksanaan fungsi unit.
Objektif Perkhidmatan UKJEH
Memberi keutamaan kepada keselamatan pesakit, kakitangan dan persekitaran penjagaan kesihatan.
Menjamin Keselamatan Pesakit
Memastikan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan bagi melindungi keselamatan pesakit.
Menjamin Keselamatan Kakitangan
Mengurangkan risiko pendedahan dan jangkitan dalam kalangan warga hospital melalui amalan keselamatan yang berkesan.
Menjamin Keselamatan Persekitaran
Memastikan persekitaran penjagaan pesakit berada dalam keadaan yang selamat serta menyokong pencegahan jangkitan.
