Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

CKD Resource Center

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pusat Sumber CKD merupakan sebuah entiti perkhidmatan baharu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang berperanan sebagai pusat sehenti bagi pencegahan dan rawatan penyakit buah pinggang.

Penubuhan pusat ini bertujuan mengintegrasikan perkhidmatan sedia ada di HPUSM bagi meningkatkan kualiti penjagaan pesakit serta memperkukuh usaha pencegahan penyakit buah pinggang di semua peringkat.

Selain itu, Pusat Sumber CKD juga berfungsi sebagai platform ‘Smart Partnership’ antara jabatan-jabatan di HPUSM dan pelbagai agensi swasta. Melalui kerjasama ini diharap dapat memperluaskan jaringan profesional, memberikan rawatan yang terbaik dan berkesan , memperkukuh penyelidikan, serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan buah pinggang.