Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik
(ROBO-REHAB)

Pengenalan

Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik (Robo-Rehab)

Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik (Robo-Rehab) telah memulakan operasi secara rasmi pada bulan September 2020. Robo-Rehab di Hospital Pakar USM dilengkapi dengan peralatan rehabilitasi daripada Cyberdyne Inc., Japan yang dikenali sebagai Hybrid Assistive Limb (HAL).

Secara ringkasnya, Cybernic adalah integrasi antara manusia, robotik dan sistem maklumat. Isyarat saraf dari otak ke otot melalui neuron motor adalah merupakan daya pemanduan utama pergerakan pada otot manusia.

Teknologi Cybernic Voluntary Control System (CVCS) pada Hybrid Assistive Limb (HAL) dapat menganalisis dan menjana isyarat bio-elektrik pesakit untuk membantu pergerakan otot. Melalui penggunaan teknologi CVCS ini, HAL dapat meningkatkan keupayaan pergerakan otot dan sendi yang diperlukan untuk aktiviti berjalan.

Jenis Robotik HAL

  • HAL LOWER LIMB – Membantu pemulihan berjalan, berdiri dan duduk dengan stabil.
  • HAL SINGLE JOINT – Menguatkan otot tangan dan kaki serta mengawal sendi siku dan lutut.
  • HAL LUMBAR – Menguatkan otot belakang dan meningkatkan kestabilan badan.
Rehabilitasi 1

HAL LOWER LIMB

Rehabilitasi 2

HAL SINGLE JOINT

Rehabilitasi 3

HAL LUMBAR

Kerjasama

USM
APEX PERKESO

Hospital Pakar USM bekerjasama dengan Perkeso dalam penubuhan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik bagi pesakit yang memerlukan pemulihan fizikal berasaskan teknologi terkini dari Jepun.

Kerjasama

Pesakit yang Mendapat Faedah

HAL Lower Limb

  • Kecederaan Saraf Tunjang
  • Strok (Stroke)
  • Kelemahan anggota bawah
  • Traumatic Brain Injury

HAL Single Joint

  • Strok (Stroke)
  • Kecederaan saraf Brachial Plexus
  • Defisit Neurologi
  • Kelemahan anggota atas

HAL Lumbar

  • Sakit Belakang
  • Kecederaan Saraf Tunjang
  • Masalah Keseimbangan Badan

Nota: Sesi rehabilitasi dicadangkan oleh pasukan perubatan dan dijalankan mengikut protokol klinikal Hospital Pakar USM.

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :

Pn. Noor Kamaliah

Pn. Noor Kamaliah Bt. Stapa @ Mustaffa

(Unit Perubatan Pemulihan)

📞 09-767 4166

✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

En. Muhammad Hazimin

En. Muhammad Hazimin B. Abdullah

(Unit Pembangunan Korporat)

📞 09-767 3036

✉️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Rehabilitasi Robotik (ROBO-REHAB)— Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

© Universiti Sains Malaysia