Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Pembangunan Korporat & Kelestarian

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

         Unit Pembangunan Korporat & Kelestarian [UPKK] pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Korporat [BPK] dimana ditubuhkan pada 8 Mei 2002 dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah di rancang oleh pihak pengurusan Hospital USM ketika itu. Antara aktiviti BPK ketika itu adalah seperti menjaga kepentingan aktiviti penjanaan kewangan oleh Hospital USM, Memastikan semua transaksi yang diberikan adalah melalui USAINS dimana BPK bertindak sebagai Penyelaras kepada USAINS dalam penggunaan kemudahan dan harta modal yang terdapat di Hospital USM oleh pihak luar, Memastikan semua perkhidmatan yang diberikan kepada pihak luar adalah di atas kos operasi dengan sedikit margin keuntungan dan menjamin perkhidmatan sediaada di Hospital USM tidak akan terjejas.

        Pada awal Tahun 2017, Unit Pembangunan Korporat & Kelestarian telah diperkasa dengan penambahbaikan struktur organisasi dimana Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @Ab. Ghani telah dilantik sebagai Penyelaras Unit Pembangunan Korporat & Kelestarian.

         Di bawah Unit Pembangunan Korporat & Kelestarian terdapat beberapa cabang penjanaan antaranya perkhidmatan Implan & Peralatan Perubatan [MIDU] yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017 serta Wad Korporat [2TD] Hospital USM yang beroperasi pada akhir tahun 2017. Selain daripada aktiviti tersebut terdapat lain-lain penjanaan di Unit Pembangunan Korporat antaranya sewaan ruang, Latihan Pelajar & Staf dari Jabatan/Institusi Swasta serta lain-lain penjanaan yang dijalankan tanpa menjejaskan teras kepada pesakit.

PRA KATA

Timbalan Pengarah Korporat & Kelestarian
Hospital Pakar USM

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Sebagai hospital pengajar universiti, HPUSM berperanan bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi, malah menjadi pusat pengajaran, penyelidikan serta inovasi dalam bidang perubatan. Kami sentiasa berusaha mengekalkan kecemerlangan dan memenuhi keperluan masyarakat dengan pendekatan yang profesional, berintegriti dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Bahagian Korporat komited dalam memperkukuh imej, identiti serta jaringan kerjasama HPUSM melalui komunikasi strategik, hubungan media, dan kolaborasi dengan pelbagai pihak. Laman sesawang ini diwujudkan sebagai salah satu platform utama untuk menyampaikan maklumat dengan lebih mudah, pantas dan telus kepada orang ramai.

Terima kasih atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada HPUSM. Semoga laman ini menjadi medium rujukan yang bermanfaat serta membantu orang ramai mengenali lebih dekat peranan, perkhidmatan dan pencapaian HPUSM.

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DR. SHATRIAH ISMAIL

Timbalan Pengarah Korporat & Kelestarian

Berita

Ikuti perkembangan terkini, program, dan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Korporat.

8 Jan 2026Lebih Lanjut →

PESAKIT KE-300 LASER REFRAKTIF

14 Dis 2025Lebih Lanjut →

PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI

11 Nov 2025Lebih Lanjut →

SUMBANGAN DANA ZAKAT

9 Nov 2025Lebih Lanjut →

RAKAN STRATEGIK OPTOMETRI

3 Nov 2025Lebih Lanjut →

KERJASAMA PELANCONGAN KESIHATAN

2 Nov 2025Lebih Lanjut →

SEMARAK SEMANGAT KEBAJIKAN PESAKIT HPUSM