Perkhidmatan Laser Refraktif
Pengenalan
Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, PPSP USM, khusus untuk merawat individu yang mengalami rabun jauh (myopia), rabun dekat (hyperopia) dan rabun silau (astigmatism). Kami menggunakan teknologi TransPRK β rawatan laser satu langkah, tanpa sentuhan dan tanpa hirisan (bladeless) menjadikan rawatan lebih cepat, tepat dan selamat.
Kelebihan Rawatan
- Bebas daripada cermin mata atau kanta lekap
- Prosedur satu langkah tanpa sentuhan dan tanpa hirisan
- Pemulihan yang cepat dan selamat
- Dilakukan oleh pakar oftalmologi berpengalaman
Kelayakan Pesakit
- Berumur 20 tahun ke atas
- Mempunyai kuasa rabun penglihatan yang stabil
- Tiada masalah kornea seperti keratoconus atau mata kering teruk
Pemeriksaan Saringan
- Elakkan memakai kanta lekap selama 2 minggu sebelum pemeriksaan.
- Pemeriksaan termasuk refraksi, topografi kornea, saiz anak mata & analisa air mata.
- Pesakit mengandung atau menyusu dinasihatkan menangguhkan pemeriksaan.
Informasi Am
Rawatan Umum
Rawatan Laser Refraktif merupakan kaedah rawatan untuk rabun jauh, rabun dekat, rabun silau dan presbyopia.
Semasa Hari Rawatan Laser
- Bawa peneman pada hari rawatan.
- Bawa cermin mata hitam untuk mengurangkan silau.
- Elakkan memakai solekan atau wangian.
Selepas Rawatan Laser
- Mata mungkin tidak selesa beberapa hari.
- Elakkan menggosok mata.
- Penglihatan bertambah baik dalam minggu berikutnya.
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :
Pn. Nurul Najwa Bt. Mohd Rasid
Unit Pembangunan Korporat
π 09-767 3096
βοΈ
Kaunter Klinik Laser
βοΈ 09-767 4253/4217
π 0111 2923 0394
π§πΆπΈπΌπΈ : laserrefraktif_usm
Perkhidmatan Laser Refraktif β Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Β© Universiti Sains Malaysia
