Lawatan Akademik Pelajar Dietetik Prince of Songkla University
Kubang Kerian, 4 November 2025 – Satu lawatan akademik telah berlangsung melibatkan lima (5) orang pelajar Program Dietetik dari Prince of Songkla University (PSU), Patani Campus, Thailand ke Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) yang merangkumi Klinik Dietetik dan Dapur Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Lawatan yang diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan dietetik klinikal, peranan dietitian dalam penjagaan pesakit serta pengurusan perkhidmatan makanan di hospital.
Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan proses penilaian status pemakanan pesakit, perancangan diet terapeutik serta pengurusan operasi dapur hospital yang menitikberatkan aspek keselamatan, kebersihan dan kualiti makanan. Lawatan ini turut membuka ruang interaksi akademik antara pelajar dan staf dietetik.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Pn. Nisah, Pn. Rimei dan En. Khairul, yang turut berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam perkhidmatan pemakanan dan dietetik di HPUSM.
Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam bidang dietetik klinikal.
- Hits: 33
