Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Perkhidmatan Klinik Dietetik Secara Maya

Perkhidmatan Dietetik Secara Maya

Klinik Dietetik Virtual HPUSM

Kaunseling pemakanan profesional yang mudah diakses dari lokasi anda.

✓ Mudah Diakses ✓ Profesional ✓ Selamat

Pengenalan

Klinik Dietetik Virtual Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) merupakan salah satu inisiatif inovatif dalam memperluas akses kepada perkhidmatan dietetik untuk masyarakat.

Klinik Dietetik Virtual atau klinik secara maya telah dilancarkan pada tahun 2022. Penubuhannya tercetus susulan pandemik COVID-19 bagi memudahkan pesakit mendapatkan akses kepada sesi kaunseling bersama Dietitian atau Pegawai Dietetik.

Melalui platform maya ini, pesakit dapat berinteraksi secara langsung dengan Pegawai Dietetik tanpa perlu hadir secara fizikal ke hospital. Perkhidmatan ini diwujudkan bagi meningkatkan kemudahan, keberkesanan dan kesinambungan rawatan pemakanan pesakit di dalam dan di luar hospital.

Objektif

1

Memberikan khidmat nasihat pemakanan secara dalam talian kepada pesakit yang memerlukan pemantauan berterusan.

2

Memudahkan akses kepada perkhidmatan dietetik bagi pesakit yang menghadapi kekangan jarak, masa atau mobiliti.

3

Menyokong rawatan klinikal melalui kaunseling pemakanan berasaskan bukti atau evidence-based practice.

4

Memastikan kesinambungan penjagaan pemakanan selepas pesakit discaj daripada wad hospital.

Kaedah Pelaksanaan

Konsultasi Secara Dalam Talian

Perkhidmatan ini dijalankan melalui sesi konsultasi dalam talian menggunakan platform komunikasi yang diluluskan oleh pihak hospital. Pesakit akan diberikan pautan temu janji dan menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Dietetik secara video atau audio mengikut kesesuaian.

Pengambilan sejarah diet dan penilaian status pemakanan.
Penilaian keperluan tenaga, protein dan nutrien.
Penyediaan cadangan pelan diet secara individu.
Pemantauan dan penilaian keberkesanan intervensi diet.

Kumpulan Sasaran

  • Pesakit luar yang memerlukan pemantauan berterusan, contohnya pesakit diabetes, penyakit jantung, obesiti, penyakit buah pinggang dan kanser.
  • Pesakit yang telah discaj tetapi masih memerlukan susulan pemakanan.
  • Individu yang dirujuk oleh doktor untuk mendapatkan intervensi pemakanan secara maya.

Kelebihan Perkhidmatan

Akses Mudah dan Cepat

Pesakit boleh menjalani konsultasi tanpa perlu hadir secara fizikal ke hospital.

Menjimatkan Masa dan Kos

Mengurangkan masa menunggu serta kos perjalanan pesakit dan keluarga.

Kesinambungan Rawatan

Memastikan rawatan dietetik dapat diteruskan selepas pesakit keluar dari hospital.

Privasi dan Keselesaan

Sesi konsultasi boleh dijalankan dalam suasana yang selesa dan menjaga privasi pesakit.

Cara Membuat Temu Janji atau Rujukan

Pesakit atau Pegawai Perubatan boleh membuat rujukan untuk mendapatkan perkhidmatan Klinik Dietetik Virtual melalui saluran berikut:

Borang Dalam Talian

Pautan borang permohonan dalam talian akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Nombor Telefon

09-767 3204
Unit Pemakanan dan Dietetik, HPUSM

Rujukan Doktor atau Klinik Pakar

Doktor atau Pegawai Perubatan boleh mengemukakan borang rujukan rasmi kepada Unit Pemakanan dan Dietetik untuk penjadualan sesi konsultasi virtual.

Komitmen Kami

Klinik Dietetik Virtual HPUSM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang profesional, beretika dan berasaskan bukti saintifik. Kami memastikan setiap pesakit menerima nasihat pemakanan yang disesuaikan dengan keperluan individu bagi mencapai hasil kesihatan yang optimum.

Klinik Dietetik Virtual HPUSM

“Pemakanan Sihat, Penjagaan Tanpa Batas”