Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030
Perkhidmatan Optometri
Perkhidmatan Optometri
Optometri HPUSM

Pengenalan

Perkhidmatan Optometri Hospital Pakar USM menyediakan pemeriksaan penglihatan komprehensif oleh Pegawai Optometri bertauliah.

Bertemakan Rakan Penglihatan Anda, Perkhidmatan Optometri HPUSM komited memberikan khidmat yang profesional, mesra dan berkualiti bagi memastikan setiap permasalahan rabun dapat dirawat dengan sempurna, tepat dan selesa.

Selain itu, Perkhidmatan Optometri yang turut menyediakan konsultasi dan pendispenan optikal serta servis am kacamata, juga menawarkan khidmat konsultasi dan pemeriksaan bagi penglihatan binokular, penglihatan terhad dan kanta sentuh.

Rakan Penglihatan Anda
Diskaun 20% kepada semua pelanggan!
CARTA ALIR PERKHIDMATAN OPTOMETRI, HOSPITAL PAKAR USM

TEMUJANJI

MULA
▼
Pelanggan menghubungi staf melalui telefon / emel / WhatsApp
▼
Tarikh temujanji diberi kepada pelanggan
▼
Pelanggan datang pada tarikh temujanji
▼
TAMAT

WALK-IN

MULA
▼
Pelanggan mendaftar di kaunter Perkhidmatan Optometri
▼
Pemeriksaan mata dan penglihatan pelanggan
▼
Konsultasi Optik & Pemilihan jenis bingkai dan kanta
▼
Bayaran penuh di Kaunter Hasil
▼
Resit dijana dan diserahkan kepada Optometris
▼
Optometris membuat pesanan kaca mata
▼
Pelanggan dihubungi setelah pesanan kaca mata siap
▼
Pelanggan mengambil tempahan pesanan kaca mata
▼
TAMAT

Tanda dan Simptom Masalah Rabun

  • Penglihatan kabur
  • Imej berbayang / dua imej
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Silau
  • Mata penat

Keistimewaan Perkhidmatan di Hospital Pakar USM

  • Saringan dan pemeriksaan mata oleh Pegawai Optometri berpengalaman (lebih 15 tahun pengalaman)
  • Khidmat rujukan kepada Pakar Oftalmologi jika terdapat sebarang masalah berkaitan
  • Harga kaca mata yang kompetitif dengan premis swasta
  • One stop centre bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan
Pemeriksaan Mata
❮ ❯

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi :

Pn. Nur Athirah

Pn. Nur Athirah Bt. Hamzah

📞 09-767 4219

✉️ Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Perkhidmatan Optometri — Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

© Universiti Sains Malaysia