Selamat Datang ke Bandar Perubatan Pintar Al-Muhammadi @ Kubang Kerian (Smart Medical City)
Menerajui pembangunan bandar perubatan pintar yang menggabungkan kecemerlangan penjagaan kesihatan, teknologi, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan komuniti dalam satu ekosistem perubatan masa hadapan.
Membina Masa Hadapan Penjagaan Kesihatan
Smart Medical City merupakan satu aspirasi strategik dalam memperkukuh Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah institusi kesihatan yang moden, inovatif dan berdaya saing.
Pembangunan ini dirangka untuk membentuk sebuah ekosistem perubatan bersepadu yang menggabungkan perkhidmatan klinikal, penyelidikan, pendidikan, teknologi kesihatan serta pembangunan ekonomi dan sosial.
Melalui inisiatif ini, kami berharap Smart Medical City mampu menjadi sebuah model pembangunan kesihatan pintar yang memberi manfaat bukan sahaja kepada institusi, malah kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Smart Medical City HPUSM
Sebuah pembangunan strategik yang dirancang untuk membentuk persekitaran penjagaan kesihatan moden, pintar dan saling berhubung.
Ringkasan
Projek Kubang Kerian Smart Medical City (KKSMC) merupakan inisiatif pembangunan berasaskan tempat (place-based) yang bersifat futuristik dan berskala nasional, berteras kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM). Projek ini mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan tertiari, platform kesihatan digital, infrastruktur bandar pintar serta perkhidmatan berasaskan komuniti ke dalam satu ekosistem yang inklusif, mampan dan boleh diskala ke peringkat negeri dan nasional.
- 01 Memperkasa pembangunan sektor penjagaan kesihatan.
- 02 Menggalakkan inovasi dan teknologi perubatan.
- 03 Membentuk ekosistem pendidikan dan penyelidikan.
Lokasi Strategik
Smart Medical City dibangunkan di lokasi strategik yang mempunyai hubungan secara langsung dengan ekosistem Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.
Objektif Utama KKSMC
- 1 Membangunkan hab perubatan pintar serantau.
- 2 Meningkatkan kualiti, akses dan kesinambungan penjagaan kesihatan
- 3 Mengalihkan tumpuan daripada rawatan hospital kepada pencegahan dan penjagaan berasaskan rumah
- 4 Merangsang pertumbuhan industri kesihatan digital bernilai tinggi
- 5 Membangunkan model nasional yang boleh direplikasi
Nilai Kepada Masyarakat
- 1 Menjana peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam sektor kesihatan digital
- 2 Merangsang ekosistem PKS dan syarikat pemula
- 3 Mengurangkan kesesakan hospital
- 4 Menurunkan kos penjagaan kesihatan jangka panjang
- 5 Meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat
Apa Yang Akan Dibangunkan?
Artificial Intelligence (AI) Smart Hospital RM45.0 juta (RP3,RMK-13)
Advanced Surgical Block RM250 juta (RP1,RMK-13)
Pusat Perubatan Kanser Pantai Timur RM 450 juta ((RP3,RMK-13)
Kompleks Pesakit Luar RM120 juta (Projek RMK12 Kemajuan Projek - 20%)
Pusat Integrasi Klinikal Kajian & Transfomasi Digital (PIKAT) RM80juta ((RP4,RMK-13)
Artificial Intelligence (AI) Smart Hospital
Transformasi Hospital Pintar Berteraskan Kecerdasan Buatan
Pembangunan AI Smart Hospital memberi fokus kepada penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital pintar dalam ekosistem hospital. Inisiatif ini dijangka menyokong kecekapan operasi, pengurusan maklumat serta penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih responsif, bersepadu dan berorientasikan masa hadapan.
Advanced Surgical Block
Memperkasa Perkhidmatan Pembedahan Berteknologi Tinggi
Advanced Surgical Block dirancang sebagai fasiliti pembedahan moden bagi memperkukuh kapasiti dan keupayaan perkhidmatan pembedahan. Pembangunan ini akan menyokong penyediaan kemudahan klinikal yang lebih maju serta penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pembedahan.
Pusat Perubatan Kanser Pantai Timur
Memperkukuh Ekosistem Rawatan dan Penjagaan Kanser
Pusat Perubatan Kanser Pantai Timur dirancang bagi memperkukuh penyediaan perkhidmatan berkaitan kanser khususnya kepada masyarakat di Pantai Timur. Pusat ini bakal menyokong ekosistem penjagaan kanser yang lebih komprehensif merangkumi aspek diagnosis, rawatan, pemantauan serta perkhidmatan sokongan berkaitan.
Komplek Pesakit Luar
Perkhidmatan Pesakit Luar yang Lebih Bersepadu dan Efisien
Kompleks Pesakit Luar dibangunkan bagi menyediakan kemudahan yang lebih tersusun dan kondusif untuk penyampaian perkhidmatan pesakit luar. Pembangunan ini bertujuan menyokong aliran perkhidmatan yang lebih sistematik, meningkatkan keselesaan pengguna serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan klinikal.
Pusat Integrasi Klinikal, Kajian & Transformasi Digital (PIKAT)
Mengintegrasikan Klinikal, Penyelidikan dan Inovasi Digital
PIKAT dirancang sebagai pusat yang mengintegrasikan perkhidmatan klinikal, aktiviti kajian dan transformasi digital dalam satu ekosistem yang saling melengkapi. Pembangunan ini akan menyokong inovasi, penyelidikan serta pemanfaatan teknologi digital ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan dan pembangunan perubatan masa hadapan.
Komitmen & Perancangan Kerajaan Negeri Kelantan
Jejantas MADANI (Econsave-Bangunan HPUSM) dan Keindahan Landskap & Bunga-Bungaan Laluan
Hospital Pakar USM
Hospital Pakar USM diperkasakan sebagai pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan yang menggabungkan persekitaran hijau, teknologi pintar dan kemudahan mesra komuniti. Konsep pembangunan memberi penekanan kepada landskap lestari, pencahayaan solar, sistem digital, akses pejalan kaki dan berbasikal serta kemudahan yang lebih inklusif. Pendekatan ini menyokong transformasi Hospital Pakar USM sebagai komponen utama Smart Medical City Kubang Kerian yang moden, mampan dan berorientasikan kesejahteraan komuniti.
Kelestarian Trek Jogging & Berbasikal Pinggiran Pengkalan Datu
Pembangunan laluan jogging dan berbasikal di sepanjang pinggiran Sungai Pengkalan Datu dirancang sebagai ruang rekreasi hijau yang selamat, selesa dan mesra komuniti. Laluan ini mengintegrasikan elemen landskap lestari, pencahayaan solar pintar, zon rehat, taman kecergasan luar serta kemudahan digital bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat. Pembangunan ini turut memperkukuh hubungan antara Hospital Pakar USM dengan kawasan sekitar melalui jaringan mobiliti hijau yang lebih inklusif dan mesra alam.
Taman Rekreasi Hijau @ Tunjung / Kota Seribong
Taman Rekreasi Hijau @ Tunjung/Kota Seribong dirancang sebagai hab rekreasi dan komuniti yang menggabungkan elemen alam semula jadi, kesihatan dan teknologi pintar. Pembangunan ini merangkumi ruang hijau dan landskap lestari, promenade, laluan pejalan kaki, zon kecergasan luar, ruang komuniti serta kemudahan pintar. Ia menyediakan persekitaran yang kondusif untuk aktiviti riadah, interaksi sosial dan pendidikan kesihatan, sekali gus menyokong aspirasi Smart Medical City Kubang Kerian sebagai bandar perubatan yang sihat, inklusif dan mampan.
Sokongan Anda, Aspirasi Bersama
Nyatakan sokongan anda terhadap usaha pembangunan Bandar Perubatan Pintar Al-Muhammadi @ Kubang Kerian (Smart Medical City) sebagai sebuah ekosistem kesihatan pintar, moden dan mampan.
