Definisi Tempat Kerja Lestari
Tempat kerja lestari ialah persekitaran kerja yang mesra alam, cekap tenaga, dan menyokong kesejahteraan staf melalui pelaksanaan amalan kelestarian dalam setiap aspek pengurusan dan operasi. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi dengan meningkatkan kecekapan serta produktiviti, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan staf, pelajar dan masyarakat secara keseluruhan ke arah pembangunan yang lebih mampan.