Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit Kerja Sosial Perubatan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Perkhidmatan

Jenis Perkhidmatan

  • Penilaian psikosoial/sosioekonomi untuk mengenalpasti dan membantu pesakit yang layak mendapatkan kemudahan sumber bantuan.
  • Mengenalpasti keperluan sokongan emosi dan memberikan bantuan kepada pesakit/keluarga yang memerlukan.
  • Penilaian sosioekonomi bagi kes yang disaring awal oleh Unit Hasil & Taksiran untuk pengurangan/pengecualian caj rawatan.

Perkhidmatan Bantuan Praktikal

  • Rujukan kepada pelbagai sumber bantuan untuk kos rawatan/peralatan/ubat-ubatan.
  • Mengesan waris pesakit sebelum discaj hospital.
  • Membantu mendapat perlindungan undang-undang (contoh: keganasan rumah tangga).
  • Membantu mendapatkan penempatan bagi pesakit terdampar.
  • Menyediakan bantuan kecemasan semasa rawatan.
  • Rujukan kepada sumber bantuan bagi pesakit yang menghadapi masalah sara hidup atau kekurangan keperluan asas.

Terapi Sokongan Emosi & Konsultasi

  • Kes keganasan rumah tangga.
  • Kes ibu tanpa nikah.
  • Kes penganiayaan & pengabaian kanak-kanak.
  • Kes penyakit kronik yang mempunyai masalah sosial.
  • Kes rogol/liwat.
  • Kes-kes kurang upaya.
  • Kes-kes keperluan informasi sumber dalam komuniti.