Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital USM, Kampus Kesihatan (dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan) telah memulakan operasinya pada 1 September 1983 iaitu seusia dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia.
Sebagai sebuah unit yang memberikan perkhidmatan diperingkat “Secondary Setting”, unit ini membantu pakar-pakar perubatan, pegawai perubatan dan kakitangan paramedik dalam usaha memberikan rawatan terbaik untuk pesakit.
Ini kerana masalah sosial dan psikososial pesakit juga perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan proses pemulihan secara keseluruhan.
Hospital hanya dapat menyediakan keperluan-keperluan asas perubatan seperti peralatan, ubat-ubatan, pakaian, makanan, kepakaran dan wad untuk pesakit tinggal.
Namun, bagi memelihara kesejahteraan hidup, masalah sosial dan psikososial pesakit juga mesti diberi perhatian kerana kedua-dua aspek ini mempunyai kaitan yang rapat dalam proses rawatan menyeluruh (treating the whole patient).
Objektif
- Memberi perkhidmatan kebajikan dan sosial yang lengkap, jujur dan berkesan dalam rawatan pemulihan komprehensif kepada pesakit.
- Membantu memulihkan semula dan memaksimumkan kefungsian sosial pesakit, khususnya dalam bidang psikososial (emosi, kewangan, komunikasi, kekeluargaan, supportive network dan lain-lain), supaya mereka kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari.
- Menggalakkan penglibatan ahli keluarga atau komuniti dalam proses pemulihan pesakit melalui sumber-sumber komuniti (community resources).