Pegawai Dietetik HPUSM Sampaikan Perkongsian Ilmu Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan
Perkongsian bertajuk “Corak Pemakanan Sihat dalam Bulan Ramadan” anjuran Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC) USM.
Corak Pemakanan Sihat
KUBANG KERIAN, 23 Februari 2026 – Pegawai Dietetik Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Puan Nur Amanina Zainuddin, telah menyampaikan perkongsian ilmu bertajuk “Corak Pemakanan Sihat dalam Bulan Ramadan”.
Butiran Program
Penceramah
Fokus Perkongsian
Program Perkongsian Ilmu ini telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC), Universiti Sains Malaysia secara dalam talian melalui platform Webex.
Sesi ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan merancang pengambilan makanan secara seimbang sepanjang bulan Ramadan. Pemilihan makanan yang sesuai dapat membantu individu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri ketika menjalani ibadah puasa.
Melalui perkongsian tersebut, peserta diberikan pendedahan mengenai corak pemakanan yang lebih terancang serta kepentingan mengamalkan pemakanan sederhana dan seimbang sepanjang Ramadan.
