Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030
LAWATAN KERJA • 2026

Lawatan Pensyarah PSU ke Unit Pemakanan dan Dietetik HPUSM

Perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan perkhidmatan makanan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.

KUBANG KERIAN, 27 Januari 2026 – Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menerima kunjungan pensyarah dari PSU dalam satu sesi lawatan kerja yang berlangsung di UPD HPUSM.

Butiran Lawatan

Tarikh 27 Januari 2026
Masa 9.45 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat Bilik Operasi UPD
Staf Terlibat Pn. Azima, Pn. Ruqayyah (Pegawai Dietetik) dan En. Faizal

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Operasi UPD berkaitan pengurusan perkhidmatan makanan di HPUSM. Antara perkara yang dikongsikan termasuk proses perolehan, penyimpanan bahan mentah serta pengurusan operasi penyediaan makanan kepada pesakit.

Para pelawat kemudiannya dibawa meninjau kawasan Dapur HPUSM bagi melihat dengan lebih dekat aliran kerja penyediaan dan pengagihan makanan. Lawatan ini memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan perkhidmatan makanan serta amalan kerja yang dilaksanakan di UPD HPUSM.

Sesi lawatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan profesional serta membuka ruang kepada kerjasama akademik dan perkongsian kepakaran pada masa hadapan.