Program Saringan Kesihatan dan Derma Darah Pejabat SUK Negeri Kelantan
Memperkasa kesedaran pemakanan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai serta kakitangan Pejabat SUK Negeri Kelantan.
01
02
KOTA BHARU, 9 Februari 2026 – Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah dijemput untuk menyertai Program Saringan Kesihatan dan Derma Darah bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan 2026.
Butiran Program
Aktiviti Utama
Sepanjang program tersebut, para peserta berpeluang menjalani saringan berat badan serta mendapatkan maklumat berkaitan pemakanan melalui sesi santai “Diet Chit-Chat”. Pameran pendidikan pemakanan turut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pemilihan makanan yang lebih sihat, pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat.
Para peserta memberikan sambutan yang menggalakkan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti saringan serta berinteraksi secara langsung bersama wakil UPD bagi mendapatkan penerangan dan panduan pemakanan.
