2020 Aktiviti Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Read more …2020 Aktiviti Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
- Hits: 86
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Read more …2020 Aktiviti Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
LAWATAN PELAJAR SARJANA MUDA PSIKOLOGI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KE UNIT AUDIOLOGI DAN PATOLOGI PERTUTURAN
13 Januari 2019, AHAD. Seramai 30 orang Pelajar Sarjana Muda Psikologi UIAM bersama seorang pensyarah pengiring mengadakan lawatan sambil belajar ke Klinik Audiologi dan Patologi Pertuturan Hospital USM. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan Bidang Audiologi dan Bidang Patologi Pertuturan di Hospital USM.

Sepanjang lawatan mereka, kami di Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan telah berkongsi maklumat berkaitan bidang Audiologi dan Patologi Pertuturan, ujian klinikal harian yang dilakukan bagi mengenalpasti/mengdiagnos pesakit dengan lebih tepat, merancang terapi yang efektif bagi setiap pesakit serta bagaimana untuk menangani pesakit kurang upaya (OKU) serta keluarga mereka. Selain itu, Pegawai kami juga berkongsi cabaran yang pernah kami hadapi sepanjang merawat pesakit serta perkongsian berkaitan teknik habilitasi dan rehabilitasi kepada pesakit.

Selain daripada ujian harian yang dijalankan, kami di Hospital USM mengamalkan sistem multidisciplinary team dimana kami akan merujuk pesakit kepada pakar dari jabatan lain yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Sebagai contoh, klinik kami sentiasa bekerjasama dengan Pakar dari Jabatan ORL, PSY dan Paediatrik.

Pendedahan berkaitan Fisiologi Pendengaran dan Pertuturan ini adalah secara tidak langsung dapat membuka minda pelajar-pelajar supaya dapat mengaitkan apa yang mereka belajar dengan situasi sebenar di alam pekerjaaan. Lawatan sebegini sangat digalakkan bagi tujuan pendedahan kerjaya, rawatan yang terdapat di Hospital serta mengeratkan hubungan diantara Universiti secara amnya.
AUDIT PATUH SYARIAH KLINIK AUDIOLOGI DAN KLINIK PATOLOGI PERTUTURAN
Audit ini adalah bagi memastikan supaya setiap klinik di bawah Hospital USM mencapai piawaian yang telah ditetapkan bagi memberi servis yang terbaik kepada pelanggan/pesakit.


IMPLAN KOKLEA TERMUDA DI ASIA TENGGARA
KOTA BHARU- 19 MAC 2019
Kang Rong Chen, anak kelima kepada pasangan Kang Chin Tiong, 35 dan Tan Lian Chern, 34, telah diumumkan sebagai pengguna implan koklea termuda di Asia Tenggara semasa Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan sempena 'World Hearing Day' pada tahun ini yang dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Sukari Halim, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.
Setelah ujian pendengaran dilakukan, dan disahkan mempunyai masalah pendengaran yang serius oleh Pegawai Audiologi, adik Kang Rong Chen dirujuk kepada Pakar Hidung, Telinga & Tekak dan Patologi Pertuturan. Hasil perbincangan dari kumpulan Hearing Implant Team (HIT) USM, keputusan mesyuarat mengesahkan keadaan telinga beliau sangat sesuai untuk menerima implan koklea.
Ikuti video temubual bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen, Dr. Nik Adilah Nik Othman (Pakar Bedah ORL-HNS), Pn. Nur Syazana Zainudin (Pegawai Audiologi), dan Pn. Wee Phei Phei (Pegawai Terapi Pertuturan) yang menceritakan serba sedikit berkaitan kisah penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara ini.
Sila tekan link di bawah bagi mengikuti video temu ramah bersama ibu bapa adik Kang Rong Chen
Pn. Tan Lian Chern berkata, "Untuk ibu bapa yang anaknya mempunyai masalah seperti anak saya, jangan pernah putus asa. Buat yang terbaik untuk anak. Apa orang kata tidak penting"
Perlu ditegaskan bahawa komitmen ibu bapa sangat penting sepanjang proses terapi di samping kepakaran yang seiring dengan teknologi terkini supaya anak yang menerima implan koklea dapat mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.
Gambarajah 1. Antara tetamu dan peserta sempena Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea
Pautan link berita
PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) UNIT AUDIOLOGI & PATOLOGI PERTUTURAN
Tahniah diucapkan kepada En Mohd Khary bin Hussain atas penerimaan Pengiktirafan Universiti dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019.

BIODATA
Nama: Mohd Khary bin Hussain
Tempat Lahir: Karak, Pahang
Keluarga: Mempunyai seorang isteri dan 6 orang cahaya mata
Jawatan: Ketua Bidang Audiologi Hospital USM
Berkhidmat di Klinik Audiologi: 20 tahun 1 bulan
Beliau juga pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Tahun 2004 dan Kemajuan Kerjaya pada Tahun 2016


Semoga dengan anugerah ini dapat memberi semangat kepada ahli-ahli unit untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
Read more …2019 Aktiviti Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Pasukan ini terdiri daripada Pakar ORL-HNS, Pakar Gastroenterologi, Terapis Pertuturan-Bahasa, Juru X-Ray (Radiographer), serta Dietitian. Pasukan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2015 dan masih aktif hingga kini dalam memberikan perawatan kepada pesakit yang mengalami masalah suara dan penelanan.
Pendekatan perawatan secara berpasukan (teamwork) ini terbukti dapat meningkatkan keberkesanan rawatan serta memberikan kemudahan yang lebih menyeluruh kepada pesakit.

PERSARAAN STAFF UNIT AUDIOLOGI DAN PATOLOGI PERTUTURAN

Biodata
Nama: Affandi Bin Hussien
Tarikh Lahir: 20 Januari 1958
Pendidikan: Sek. Ren. St. Thomas (1965-1973); STPM di Sekolah Swasta; Sarjana Muda Sains Pertuturan (Kep) 2000.
Jawatan: Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) (Nov 2010- Jan 2018) dan Ketua Unit (2010 – 2014)
Nama Isteri: Prof. Dr. Faridah binti Abdul Rashid
Jawatan: Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan, Jabatan Patologi Kimia (1982-2018)
Anak: 4 perempuan, 2 lelaki

Kerjaya
1 April 1981: Mula berkhidmat di USM Pulau Pinang sebagai kerani di Perpustakaan Perubatan (Medical Library).
1 Oktober 1982: Berpindah ke Jabatan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Perubatan, berkhidmat sebagai kerani.
1 September 1983: Berpindah ke USM cawangan Kelantan. Berkhidmat sebagai kerani di Unit Rekod Perubatan dan di Perpustakaan Perubatan.
1 Februari 1985: Cuti tanpa gaji kerana mengikut isteri melanjutkan pelajaran PhD di Australia.
1989: Kembali berkhidmat sebagai kerani di Unit Rekod Perubatan Hospital USM.
1996 - 2000: Menyambung pelajaran di UKM, Ijazah Sarjana Muda Speech Language Pathology (SLP) secara cuti belajar bergaji penuh.
Mei 2000: Kembali berkhidmat di Hospital USM sebagai kerani di Unit Rekod Perubatan pada sebelah pagi, dan petang berkhidmat sebagai SLP.
15 November 2000: Dilantik sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di Jabatan ORL.
2006-2010: Berpindah ke Jabatan Neurosains. Pada masa yang sama beliau antara pencentus idea untuk menubuhkan Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan (UAPP) di Hospital USM.
2006: Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.
1 Oktober 2010: Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan ditubuhkan. Beliau diberi mandat sebagai Ketua Unit UAPP sehingga 2016.
20 Januari 2018: Bersara.

UJIAN PENDENGARAN UNIT PERSEDIAAN DAPUR DAN SAJIAN
Pada Mac 2018, saringan ujian pendengaran telah dilakukan di Klinik Audiologi kepada staf Unit Persediaan Dapur dan Sajian secara berperingkat. Kesedaran tentang bahaya terdedah kepada bunyi kuat setiap hari amat penting kerana perkara sebegini boleh menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat masalah pendengaran yang dikenali sebagai Noise Induced Hearing Loss (NIHL) pada jangka masa panjang. Aktiviti sebegini diharap dapat diteruskan setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada staf yang berisiko terdedah kepada bunyi bising.
Di samping itu, kami juga dapat mengenalpasti beberapa orang staff yang mempunyai masalah atau kesukaran mendengar (yang bukan disebabkan oleh keadaan bising di tempat kerja) dan membantu memberikan rawatan yang terbaik serta merujuk mereka kepada pakar yang berkaitan.
Jabatan/Unit yang berminat untuk membuat ujian saringan pendengaran boleh menghubungi kami di Klinik Audiologi di talian 09-7674071 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
LAWATAN PENYELIA KLINIK UIAM KE KLINIK AUDIOLOGI, HOSPITAL USM
13 Ogos 2018. Unit Audiologi & Patologi Pertuturan telah menerima lawatan daripada Clinical Instructor Pelajar UIAM iaitu Asst. Prof. Dr. Noraidah. Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelajar yang menjalani latihan klinikal dan menilai pembentangan kes-kes menarik yang mereka pelajari sepanjang dua bulan latihan. Di samping itu, pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara universiti, khususnya dalam bidang Audiologi.


BENGKEL KEIBUBAPAAN: ANAK SERONOK MENEROKA, PETAH BERCAKAP
15 Ogos 2018. Bengkel ini merupakan program anjuran Klinik Pertuturan, Hospital USM dengan USAINS Tech. & Services Sdn. Bhd. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak serta mengupas isu semasa mengenai pengaruh gajet terhadap perkembangan bahasa, sosial, emosi dan tingkah laku anak.
Ceramah telah disampaikan oleh ahli profesional kesihatan, iaitu Prof. Madya Dr Azizah Othman, Dr. Mohd Syahrul Fitri Zawawi, Pn. Sarina Ahmad dan Pn. Siti Norhayati Mohd Noor.
Seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, staf USM dan Pengurus pusat asuhan kanak-kanak telah hadir ke bengkel kali ini. Menariknya, para peserta berpeluang mempelajari teknik-teknik rangsangan bahasa dan aktiviti yang dapat membantu anak-anak dalam kemahiran komunikasi. Para peserta telah memberikan komen yang positif dan mengharapkan program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

PENGUKURAN TAHAP KEBISINGAN DI DAPUR HOSPITAL USM
17 Oktober 2018. Pegawai daripada Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan dengan kerjasama Pegawai daripada Unit Dapur dan Sajian telah mengadakan pengukuran tahap kebisingan di Dapur Utama Hospital USM.
Perbincangan telah dilakukan di antara En Mohd Khary (Audiologis), Cik Suzana (Audiologis) serta Puan Wan Rimei Salha (Pengurus Operasi Unit Pemakanan dan Dietetik) bagi mengatasi/megurangkan risiko bunyi bising terutama kepada kesihatan pendengaran pekerja.
Menurut National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) telah menetapkan had pendedahan bunyi yang disyorkan / recommended exposure limits (RELs) bagi melindungi kesihatan pekerja terhadap kesan daripada pendedahan kepada bahan/agen berbahaya di tempat kerja.

Gambar 1 : Wakil Pegawai dari Klinik Audiologi bersama dengan Pengurus Operasi Unit Pemakanan dan Dietetik. Dari Kiri: En Mohd Khary, Puan Wan Remei Salha, Cik Suzana.

Gambar 2 : Pengukuran bunyi dijalankan

Gambar 3 : Perbincangan di antara Pengurus Operasi serta wakil Pegawai Audiologi
LAWATAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BESUT
25 Oktober 2018, Khamis. Julung kalinya satu lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Besut telah diadakan yang terdiri daripada ahli Pasukan Implan Koklea Hospital USM. Antara objektif lawatan ini adalah untuk membuat perhatian terhadap pengguna Implan Koklea, berkongsi berkaitan cara pembelajaran, kemahiran komunikasi sosial di persekitaran sekolah, memberi maklumat tentang kemahiran mendengar, dan kemahiran bahasa serta pertuturan pelajar kepada guru.
Lawatan ini juga adalah bertujuan untuk memberi ruang perbincangan antara professional kesihatan dan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pengurusan pelajar-pelajar tersebut.
Diharap lawatan sebegini dapat diadakan lagi bagi memastikan kebajikan pelajar khas terutama di SKPK Besut ini dan hubungan baik antara guru-guru serta professional kesihatan Hospital USM dapat dieratkan lagi.
Read more …2018 Aktiviti Unit Audiologi & Patologi Pertuturan
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Bertanggungjawab untuk menjalankan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap bagi menilai pesakit yang mengalami masalah pendengaran dan keseimbangan dan seterusnya melakukan habilitasi atau rehabilitasi kepada individu berkenaan, dan juga pencegahan terhadap masalah tersebut. Melibatkan pesakit luar dan dalam.
Read more …Perkhidmatan Unit Audiologi
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Read more …Carta Organisasi Unit Audiologi & Patologi Pertuturan