Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Polisi Pengurusan Linen Hospital USM

1) Objektif

Pengurusan linen di Hospital USM adalah untuk memastikan:

  1. Keselesaan dan keselamatan pesakit
  2. Meningkatkan imej Hospital USM
  3. Memastikan kelangsungan alam sekitar dan kelestarian kewangan Hospital USM

2) Skop

Pengurusan linen meliputi seluruh kawasan Hospital USM.

3) Definisi Linen

Linen bermaksud segala barangan tekstil yang boleh digunakan semula dan memerlukan pembersihan serta pembasmian kuman melalui pemprosesan cucian di dobi.

Jadual di bawah merupakan spesifikasi linen yang sedang digunakan pada masa ini di Hospital USM. Proses perolehan linen diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun, melibatkan implikasi kewangan yang besar. Pembelian dilakukan bagi menggantikan linen yang dilupuskan atau rosak, dengan kerjasama Unit Pentadbiran & Kemudahan Am serta Unit Kejururawatan.

Perkhidmatan Dobi turut membantu PTJ/jabatan selain Hospital USM dalam aspek pengurusan linen. Contoh jalinan khidmat sokongan termasuk:

  • Pusat Islam Kampus Kesihatan melalui jahitan karung spesimen bagi tujuan pengebumian spesimen
  • Bilik Gerakan Banjir USM, di mana Perkhidmatan Dobi membantu menyediakan bekalan linen (selimut, sarung bantal, pakaian) kepada mangsa banjir di pusat penempatan sementara USM