Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Jabatan Kejururawatan

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Perkhidmatan

Bahagian Pesakit Dalaman

Mengendalikan pesakit yang berkeadaan berpotensi untuk kemasukan wad. Pesakit in patient dirujuk oleh pegawai perubatan atau jabatan kecemasan untuk dimasukkan ke wad bagi tindakan rawatan selanjutnya.

Bahagian Pesakit Luar

Mengendalikan perawatan pesakit luar (ambulatori) dengan menyediakan perkhidmatan klinikal termasuk penjagaan primer, sekunder dan tertiari. Perkhidmatan ini disempurnakan dalam tempoh kurang 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital.

Materniti dan NICU

  • Materniti menyediakan perkhidmatan perawatan dan penjagaan ibu sepanjang kehamilan, semasa bersalin, selepas bersalin, serta menangani isu kesihatan wanita dari usia remaja hingga menopause. Termasuk kes Obstetrik & Ginekologi, secara out patient dan in patient.
  • NICU merupakan unit rawatan rapi bagi bayi pramatang dan bayi baru lahir sehingga usia 42 hari, menerima rujukan luar mengikut kepakaran yang disediakan.

Bahagian Dewan Bedah

Menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit, termasuk menyelaras perkhidmatan steril dan kawalan infeksi.

Bahagian Perkembangan Kejururawatan

Menyelaras semua kursus dan latihan untuk kakitangan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras aktiviti pengurusan kualiti bagi memastikan Objektif Kualiti jabatan tercapai. Perancangan seterusnya adalah melaksanakan kajian dan pengurusan data bagi tujuan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan di Unit Kejururawatan.