Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Fungsi dan Peranan

Bahagian Pengurusan Pentadbiran & Kewangan

a) Pengurusan Pentadbiran

Menjalankan tiga (3) fungsian utama iaitu:

i) Am

  • Menguruskan hal-hal pentadbiran Hospital Pakar USM
  • Urusetia Mesyuarat JKPH, Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Mesyuarat Mortaliti & Morbiditi USM
  • Urusan pakaian seragam
  • Urusan Mel Berpusat
  • Stor Berpusat
  • Keperluan di wad dan klinik; alat pakai habis

ii) Penerbitan dan Percetakan

  • Penyediaan rekabentuk bahan hebahan rasmi Hospital Pakar USM
  • Bahagian Fotostat
  • Bahagian Risografi
  • Bahagian Teknikal

b) Pengurusan Kewangan

Berfungsi untuk merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Hospital Pakar USM. Selain itu, turut bertanggungjawab ke atas urusan perolehan Hospital Pakar USM.

Bahagian Sumber Manusia

Menjalankan dua (2) fungsian utama, iaitu:

a) Perkhidmatan

  • Menguruskan, memantau dan mengemaskini cuti staf
  • Menguruskan proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan / Pelanjutan Tempoh Percubaan
  • Menguruskan lapor diri staf dan mengemaskini penempatan staf
  • Menguruskan Pergerakan Gaji Tahunan Staf
  • Perjawatan, Statistik dan Pertukaran Staf
  • Mengurus dan merekod Permohonan Staf (Kelulusan / Perakuan)

b) Pengurusan Latihan Siswazah

  • Mengurus dan menyelaras Latihan Siswazah Pegawai Perubatan UD41
  • Menjadi Pemudahcara antara Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Mengemaskini maklumat Perjawatan dan Statistik PPS
  • Menguruskan proses lapor diri, penempatan Latihan PPS
  • Mengemaskini garis panduan Latihan PPS, buku log, waktu bekerja fleksi serta cuti
  • Mengurus dan menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Program Latihan PPS di peringkat Hospital
  • Menyelaraskan penempatan PPS berdasarkan keperluan Latihan, kekosongan dan keperluan perkhidmatan
  • Menguruskan pendaftaran penuh PPS
  • Menghantar Laporan Teknikal serta Laporan Analisa ke KKM mengikut keperluan

Bahagian Pengurusan Aset & Perkhidmatan Dobi

Terbahagi kepada dua (2) fungsian utama iaitu:

a) Pengurusan Aset

Berfungsi untuk menerima, mendaftar, memeriksa dan juga melupuskan aset-aset yang berkaitan di Hospital Pakar USM seperti:

  • Penerimaan Aset dan Pendaftaran Aset
  • Pemeriksaan Aset
  • Pelupusan Aset
  • Penyelenggaraan Aset
  • Pindahan Aset
  • Sistem Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)

b) Bahagian Perkhidmatan Dobi

Berfungsi untuk membekalkan linen bersih kepada Wad, Klinik, Unit, Jabatan serta Makmal di Hospital Pakar USM yang melibatkan seksyen-seksyen berikut:

  • Seksyen Membasuh dan Mengering
  • Seksyen Menggosok dan Melipat
  • Seksyen Bekalan dan Stor
  • Seksyen Menjahit

Bahagian Pembangunan Organisasi & Governan

Berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau pengurusan dasar, peraturan, statut, governan dan mesyuarat utama di Hospital Pakar USM. Selain itu, unit ini turut bertanggungjawab terhadap keperluan utama pengurusan serta terlibat dalam pengurusan inovasi dan kualiti perkhidmatan HPUSM.

Antara peranan utama termasuk:

  • Pengurusan Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian
  • Penerbitan Buletin UPKA
  • Penyediaan Profil Hospital dan UPKA
  • Sekretariat penyelarasan Dokumen Dasar dan Prosedur HPUSM
  • Penyediaan Buku Laporan Tahunan HPUSM
  • Penyelaras carta Organisasi dan carta fungsi setiap jabatan dan fungsi HPUSM
  • Penyediaan Buku Etika Budaya Korporat