Majlis Persaraan Staf ‘Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung’ – Encik Mazlan Mustafa
- Hits: 15
Bilik Melipat, Bangunan Perkhidmatan Dobi Hospital USM
Perkhidmatan Dobi sentiasa memulakan majlis setiap tahun dengan munajat kepada Allah s.w.t. melalui solat hajat yg. diimamkan oleh Ustaz Adli Rozak. Keberkatan dan kelapangan segala urusan antara intipati doa yang dititipkan ke hadrat Allah s.w.t. Kehadiran Tn. Hj. Mohd Saberi Mohd Yusoff, para Pegawai dan staf Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital USM seramai kira-kira 30 orang turut sama menjayakan majlis ini.
Penganjuran majlis juga bersekali dengan upacara penghargaan kepada Encik Rahim Haron yang akan bersara pilihan pada akhir Februari 2024 setelah 9 tahun menabur bakti bersama perkhidmatan Dobi.