Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Perkhidmatan Dobi

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Header Kompilasi Artikel 2025

Kompilasi Artikel - 2025

Lawatan Dari Pihak KKM Ke Unit Dobi

Lawatan ini dijalankan oleh pihak (KKM) untuk melihat proses kerja pembersihan linen. Diiringi oleh Pembantu Khidmat AM Encik Muhammad Faeze staf Unit Dobi yang memberikan sedikit pengetahuan tentang proses kerja pembersihan linen

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Audit Keselamatan (Peraturan Pentadbiran Kunci Universiti Sains Malaysia)

Memaklumkan pelaksanaan “Peraturan Pentadbiran Kunci Universiti Sains Malaysia” disampaikan oleh Encik abdul Razak Bin Abdul Ghani. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi sistem keselamatan di mana-mana PTJ/Unit.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat

Perkhidmatan Dobi sentiasa memulakan majlis setiap tahun dengan munajat kepada Allah s.w.t. melalui solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Adli Rozak. Keberkatan dan kelapangan segala urusan antara intipati doa yang dititipkan ke hadrat Allah s.w.t. Kehadiran Pn Norashikin Bt Aziz, para Pegawai dan staf Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital Pakar USM seramai kira-kira 50 orang turut sama menjayakan majlis ini. Majlis ini dimulakan dengan solat hajat kemudian diiringi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Adli Rozak.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Survei Dalaman Penarafan Organisasi HPUSM (Sirm & Patuh Syariah)

Survei Dalaman Penarafan Organisasi Hospital Pakar USM telah dijalankan pada 18 Februari 2025 bagi memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001 : 2015) dan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Patuh Syariah (MS 1900 : 2014). Okjektif survey ini adalah untuk memastikan sistem pengurusan kualiti Hospital Pakar USM adalah sentiasa mengikut keperluan standart yang ditetapkan (MS ISO 9001 : 2005 dan MS ISO 1900 : 2014). Di samping itu juga bagi mengenalpasti dan mengesan peluang-peluang penambahbaikan yang diperlukan.

Perkhidmatan Dobi Telah diaudit oleh pasukan surveri seramai 6 orang. Mereka memeriksa dokumentasi dan persekitaran kerja Perkhidmatan Dobi.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Ramah Mesra Pengurusan & Staf Perkhidmatan Dobi Hospital Pakar USM

Sesi perjumpaan ini merupakan acara berkala yang diadaka bagi menwujudkan lagi hubungan secara langsung di antara Pentadbiran Hospital Pakar USM dengan Staf-Staf Perkhidmatan Dobi. Ianya juga menjadi medium yang menggambarkan interpretasi dan pnegharapan di antara kedua pihak.

Majlis ini bermula dengan ucapan Tuan Haji Saberi Mohd Yusoff yang memberikan ucapan kata-kata semangat dan juga menyampaikan amanat daripada Pengarah Hospital Pakar USM untuk melakukan kerja rutin harian. Majlis ini diakhiri dengan doa selamat disampaikan oleh Ustaz Adli Rozak dan berakhir dengan hidangan istimewa.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Pemeriksaan Linen Di Wad/Klinik Hospital Pakar USM

Perkhidmatan Dobi Hospital USM telah melaksanakan pemeriksaan rutin dalam aspek pengurusan linen ke wad-wad/klinik yang menggunakan linen Hospital Pakar USM. Pemeriksaan bertujuan memantapkan pengurusan inventori linen di setiap wad, klinik dan pusat perkhidmatan yang menggunapakai linen dibekalkan oleh Perkhidmatan Dobi, Unit Pentadbiran & Kemudahan Am Hospital Pakar USM. Skop pemeriksaan linen iaitu segala barangan tekstil yang boleh digunakan semula yang memerlukan pembersihan serta pembasmian kuman melalui pemprosesan pencucian Dobi termasuk :-

  • Cadar (bedsheet)
  • Selimut (blanket)
  • Sarung bantal (pillowcase)
  • Alas cadar (draw sheet)
  • Pakaian pesakit
  • Pakaian kakitangan
  • Lain-lain yang berkaitan dengan klinikal termasuklah linen UPAS

Pemeriksaan dijalankan secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan A dianggotai oleh En.Muhammad Faeze Hassan, Pn.Suzana Ismail dan Cik Rabiatul Adawiah Zulkifli. Bagi kumpulan B dianggotai oleh Pn Che Esah Che Hassan, Pn.Nurul Fathiah Abdullah dan En.Muhammad Haizatul Izat Zahari. Makala bagi kumpulan C dianggotai oleh En.Ahmad Afifi, En.Nik Mohamad Amirul dan Pn.Siti Rokiah Rahim.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Pemeriksaan Linen Di Stor Perkhidmatan Dobi

Puan Jawaratul Saniah (Pembantu Tadbir) dan Encik Amirul (Pembantu Tadbir) telah menjalankan pemeriksaan linen di stor Perkhidmatan Dobi untuk melihat jumlah linen berada pada tahap mencukupi atau tidak bagi kegunaan Hospital. Pemeriksaan ini juga dibantu oleh dua orang staf Perkhidmatan Dobi bagi memudahkan sesi pemeriksaan ini.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkhidmatan Dobi

Sambutan Hari Raya kali ini disambut di Bangunan Perkhidmatan Dobi HPUSM. Sambutan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran jemputan dari Unit Pentadbiran Dan Kemudahan AM. Majlis ini bermula pada jam 10 pagi dan para tetamu menikmati hidangan yang tersedia ada. Tujuan sambutan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan staf Dobi dengan UPKA serta staf dari Unit/Ptj yang lain. Dengan keizinanNya majlis berjalan dengan lancar dan kami semua dapat menikmati hidangan dengan gembira sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Menjalankan Latihan Amali Pengukuran Bunyi Bising,Haba Dan Kualiti Udara

Program ini dilakukan oleh sekumpulan pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan untuk menjalankan Latihan Amali Pengukuran Bunyi Bising, Haba dan Kualiti Udara di ruang operasi Perkhidmatan Dobi. Latihan ini dilakukan seramai 13 orang pelajar dan diiringi oleh pensyarah Dr.Faridah Naim dan staf makmal Puan Juskasmini Jusoh. Waktu aktiviti ini dilakukan pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) USM Ke 48

Temasya Olahraga Tahunan (TOTUSM) merupakan acara tahunan yang terbesar di universiti. Temasya ini telah telah diadakan pertama kalinya pada tahun 1972 dan melibatkan sebanyak lebih 500 orang atlet daripada lima puluh dua (52) kontinjen yang merangkumi warga HPUSM. Dua orang staf Perkhidmatan Dobi telah terpilih mewakili kontinjen Kampus Kesihatan iaitu Encik Mohd Faizul Hussin dan Encik Muhammad Hairi bin Mustaffa. Kedua berjaya mengharumkan nama kontinjen dan juga Perkhidmatan Dobi kerana berjaya mengumpul pingat dalam acara yang dipertandingkan iaitu :-

Encik Mohd Faizul Hussin

  • Pingat Emas acara 4x400 meter kategori Lelaki Veteran
  • Pingat Perak acara 400 meter kategori Lelaki Veteran
  • Pingat Perak acara 200 meter kategori Lelaki Veteran
  • Pingat Perak acara 100 meter kategori Lelaki Veteran

Encik Muhammad Hairi bin Mustaffa

  • Pingat Gangsa acara 4x400 meter kategori Lelaki Senior
Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Lawatan Kerja Ke Pusat Pengurusan Linen (Laundry Plant) Medilaund (M) Sdn. Bhd & Mas Aero Services Sdn. Bhd.

Program lawatan kerja ini diadakan khas buat staf Perkhidmatan Dobi HPUSM bagi mempelajari praktis dan idea terbaik dengan dua syarikat korporat utama yang berpengalaman mengendalikan linen klinikal di Malaysia. Tujuannya bagi memanfaatkan peluang dan ruang yang tersedia ini untuk menimba pengetahuan sedapat mungkin ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan pengurusan linen di Hospital Pakar USM khususnya.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Majlis Persaraan Staf & Sambutan Sempena Hari Raya Aidiladha Perkhidmatan Dobi

Puan Ruhani Ab Rahman mula melaporkan diri untuk bertugas di Unit Dobi pada tahun 2004, setelah hampir 21 tahun melepaskan jerit perih berkhidmat kepada Hospital USM, beliau akhirnya melabuhkan tirai perkhidmatan pada 07 Julai 2025.Perkhidmatan Dobi telah mengadakan satu majlis ringkas namun penuh pengisian bermakna kepada Pn Ruhani,yang lebih dikenali sebagai Kak Ni. Puan Noorashikin Aziz dan Encik Azharuddin Abdul Aziz telah hadir menyampaikan cenderahati kenangan mewakili Timbalan Pengarah (Pentadbiran) yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi lain. Puan Ruhani dalam ucapannya melahirkan rasa terharu kerana terpaksa melepaskan sesuatu yang telah beliau lakukan hampir separuh daripada usianya. Beliau juga memohon maaf kepada rakan-rakan sekiranya terdapat salah silap dan mendoakan agar PD terus mampu melaksanakan tanggungjawab diberikan tanpa kegagalan. Majlis juga mengambil diadakan mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidiladha di mana setiap staf menyumbang hidangan di majlis ini.

Program Image Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Temasya Sukan Empat Penjuru (USM) / SUKJAB

Temasya Sukan Empat Penjuru /Sukjab pada tahun 2025 diadakan di Universiti Sains Malaysia Kampus Induk. Kontijen Kampus Kesihatan telah menghantar seramai 160 orang atlet dan pegawai pada temasya sukan ini. Satu orang staf Perkhidmatan Dobi telah terpilih mewakili kontinjen Kampus Kesihatan iaitu Encik Muhammad Shariman bin Ibrahim. Beliau berjaya mengharumkan nama kontinjen dan juga Perkhidmatan Dobi kerana berjaya mengumpul pingat (Perak) dalam acara Sepak Takraw (Lelaki).

Program Image Program Image