Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Perkhidmatan Dari Dapur Hospital

Pengenalan

Dapur Hospital berperanan penting dalam memastikan penyediaan makanan yang berkualiti, selamat dan berkhasiat kepada semua pesakit yang dirawat di hospital. Unit ini berfungsi sebagai tulang belakang kepada perkhidmatan pemakanan pesakit, selaras dengan objektif hospital untuk memberikan rawatan menyeluruh yang merangkumi aspek pemakanan terapeutik.

Skop Perkhidmatan

  1. Penyediaan Makanan Pesakit Dalam (Inpatient Meal)
    • Menyediakan makanan mengikut jenis diet iaitu Diet Terapeutik seperti diet biasa, diet lembut, diet untuk kencing manis, rendah garam, tinggi protein dan lain-lain.
    • Hidangan disediakan berdasarkan preskripsi Pegawai Dietetik dan garis panduan pemakanan hospital.
  2. Penyediaan Makanan Staf (Doctor On Call)
    • Menawarkan menu yang seimbang serta memenuhi prinsip pemakanan sihat.

3.        Penyediaan Makanan untuk Unit Perubatan Transfusi

 o   Menyediakan makanan waktu sarapan untuk penderma darah

Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan

Dapur Hospital telah berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula tahun 2020.

Hospital USM juga mengamalkan prinsip Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dalam setiap peringkat penyediaan makanan. Pemantauan kebersihan persekitaran, peralatan, bahan mentah dan pekerja dilakukan secara berkala bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin.

Komitmen Dapur Hospital

Dapur Hospital sentiasa komited untuk:

  • Memberikan perkhidmatan penyediaan makanan yang berkualiti, bersih dan menepati piawaian kesihatan.
  • Menyokong rawatan pesakit melalui penyediaan makanan yang memenuhi keperluan diet individu.
  • Memastikan setiap hidangan disediakan dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti.

Kami berpegang kepada moto dapur iaitu “Makanan Berkualiti, Pemulihan Optimum.”

Video Korporat Dapur Hospital