MAJLIS SOLAT HAJAT UPD 2025
Pada 27 Oktober 2025 (Isnin), satu solat hajat telah diadakan di Kawasan Sajian, Dapur Unit Penyediaan Diet (UPD) bermula pada jam 1.00 tengah hari. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwah dan mengimarahkan lagi suasana kerja yang harmoni dalam kalangan warga UPD serta bagi memohon perlindungan kepada Allah SWT serta dilancarkan segala urusan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Imam jemputan, Ustaz Safree dari Pusat Islam HPUSM. Beliau turut berkongsi pesanan bermanfaat berkaitan keikhlasan dalam bekerja serta pentingnya menjaga hubungan sesama rakan sekerja. Bilal bagi majlis ini ialah En. Azhar (PPM) yang turut membantu dalam urusan penyediaan tempat dan kelancaran program.
Aktiviti ini disertai oleh jemaah staf UPD yang hadir dengan penuh semangat. Majlis berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jamuan ringkas. Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan silaturahim serta meningkatkan kesejahteraan rohani dalam kalangan warga kerja UPD.
- Hits: 20
