Perkhidmatan Expert Mobile Care (EMC) beroperasi 24 jam dengan sistem 3 shif.
Expert Mobile Care (EMC) ialah perkhidmatan care giver di Hospital Pakar USM yang membantu keluarga pesakit yang menghadapi masalah kekangan masa untuk menjaga pesakit di wad. Petugas Perkhidmatan EMC HPUSM adalah terdiri daripada jururawat terlatih USM dan juga staf USM yang diberikan latihan yang berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Petugas yang terlatih ini melaksanakan pemantauan, penjagaan asas, mobilisasi, serta sokongan fizikal dan mental bagi memastikan pesakit sentiasa terurus dan berada dalam keadaan selesa sepanjang menerima rawatan di HPUSM. Perkhidmatan EMC HPUSM menawarkan ketenangan kepada keluarga dan memastikan pesakit menerima penjagaan berkualiti walaupun tanpa kehadiran penjaga sepanjang masa.
| Shift | Masa |
|---|---|
| Pagi | 07:00 – 15:00 |
| Petang | 15:00 – 23:00 |
| Malam | 23:00 – 07:00 |
| Kategori | Kadar Caj |
|---|---|
| Warganegara | RM 120 |
| Bukan Warganegara | RM 200 |
Pn. Wahida Bt. Daud
Penyelia Jururawat
📞 019 988 8386
☎️ 09-767 3257
✉️
Pn. Rolzaiha Bt. Nohd Zainun
Penyelia Jururawat
📞 012 360 0474
☎️ 09-767 3260
✉️
Pn. Raja Nurhairunnisa Bt. Raja Abdullah
Unit Pembangunan Korporat
📞 09-767 3098
✉️
Perkhidmatan Expert Mobile Care (EMC) — Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
© Universiti Sains Malaysia