Skip to main content

Ambulance Icon
Ambulans:09-767 3232
Phone Icon
Talian Umum: 09-767 3000
Code Blue Icon
Code Blue: 09-767 3030

Unit BestARi

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Header Kompilasi Artikel 2025
Kompilasi Artikel - 2025

Program Kempen Sayangi dan Hargai Payudara Wanita Kelantan 2025

Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM, Kampus Kesihatan telah dijemput untuk mengadakan Saringan Kesihatan Payudara bersempena dengan Program Kempen Sayangi dan Hargai Payudara Wanita Kelantan tahun 2025.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama PAPISMA, Kerajaan Negeri Kelantan, Unit BestARi, dan Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Ianya berlangsung di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh mulai jam 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari.

Antara aktiviti dijalankan sebagaimana berikut:

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Ceramah Kesihatan

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan wanita, tentang kepentingan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payudara.

Program Image

Kesimpulannya, Program ini telah memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pemeriksaan awal kanser payudara di kalangan wanita. Maklum balas yang diterima amat memberangsangkan, dan ramai peserta menyatakan hasrat untuk terus mengamalkan pemeriksaan berkala. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kesedaran dan kesihatan wanita sentiasa terpelihara.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025

Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) Hospital Pakar USM telah membuka gerai pameran sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2025 anjuran Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital Pakar USM dengan kerjasama Persatuan Kanser Pantai Timur.

Pameran ini berlangsung selama dua (2) hari iaitu bermula 19 Februari hingga 20 Februari 2025. Pameran ini dibuka di dua lokasi iaitu di Foyer Auditorium Hospital dan Laluan Farmasi, Kampus Kesihatan.

Program Image

Objektif utama sambutan ini adalah sebagai menyokong hari kanser sedunia tahunan dan perkongsian mengenai maklumat-maklumat kesedaran, perawatan kanser dan mendedahkan perkhidmatan jabatan lain di Hospital USM yang berkaitan penyakit kanser.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Ceramah Kesihatan Payudara: "Awareness Saves Lives" (Kenali Simptom Kanser Payudara Awal)

Satu ceramah kesihatan bertajuk "Awareness Saves Lives" (Kenali Simptom Kanser Payudara Awal) telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya, Ketua Unit BestARi merangkap Pakar Perunding Kanan Pembedahan Endokrin & Payudara. Ceramah ini telah diadakan di Butik Siti Khadijah, Kubang Kerian.

Program Image

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya pengesanan awal simptom kanser payudara, serta langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang boleh diambil. Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin turut berkongsi pengetahuan serta pengalaman klinikal beliau dalam mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit ini dan kepentingan pemeriksaan berkala.

Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 pagi.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARi) dan HGO Hulur Bantuan Ringankan Beban Pesakit Kanser

'Breast Cancer Awareness and Research Unit’ (BestARI), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Cancer Survivor Malaysia (CSM) dan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA) telah mengadakan program Santuni Pesakit Kanser Payudara, hari ini.

Program Image

Program ini bertujuan memberi sokongan moral, emosi dan bantuan kewangan kepada 72 pesakit kanser melalui lawatan dan penyampaian sumbangan kepada pesakit wad 3 Utara, Klinik BestARI, dan Klinik Nuklear, Onkologi dan Radioterapi di HPUSM.

Unit BestARI dan UKEKWA menyumbangkan kelengkapan asas solat sebagai tanda keprihatinan mereka manakala PAPISMA, MAKNA dan CSM turut menghulurkan sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit.

Program ini bukan sekadar memberi bantuan keperluan harian kepada pesakit tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser payudara serta memberi maklumat berkenaan sokongan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser di Kelantan sekaligus memberi mereka harapan dan sokongan berterusan.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Program Saringan Kesihatan Penduduk di Rantau Panjang

'Breast Cancer Awareness and Research Unit’ (BestARI), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Unit BestARi telah menyertai Program Saringan Kesihatan Penduduk di Rantau Panjang. Program ini dilaksanakan bertempat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang, Kelantan.

Saringan Kesihatan ini merupakan program Libatsama Merican-USM. Selain Saringan Kesihatan Payudara, terdapat pelbagai lagi saringan kesihatan dilakukan seperti berikut :

  • Pemeriksaan Saringan Asas USM Kampus Kesihatan
  • Pemeriksaan Saringan Mata dan Penglihatan
  • Pemeriksaan Saringan Kesihatan Telinga, Hidung, Tekak
  • Pemeriksaan Saringan Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan
  • Perkhidmatan Saringan Perubatan Pemulihan
  • Perkhidmatan Rundingcara OKU
  • Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Secara keseluruhannya, Program Kesedaran Kesihatan ini telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan payudara.

Program Image

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skop yang lebih luas untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk. Unit BestARi berbesar hati dapat turut serta dalam usaha ini dan bersedia untuk menyokong program kesihatan yang akan datang.

Kompilasi Artikel - 2025

Demonstrate and Trial of TAIHO Medical Al Software at Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi) by Team Metro Medic Sdn. Bhd.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Pameran "Women and Cancer"

Unit BestARi, Hospital Pakar USM telah mengadakan Pameran “WOMEN AND CANCER” DI Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan.

Pameran tersebut telah diadakan di Bilik Seminar A, Pusat Pengajian berkenaan, dan disertai oleh para pelajar perubatan.

Syarahan juga turut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya dengan tajuk "Women and Cancer".

Program Image

Dua orang jururawat yang terlibat dalam pameran tersebut iaitu SN Nik Hasniza Nik Ibrahim (Klinik BestARi dan SN Nor Hazliana binti Che Harun (Wad 3 Utara). Team pameran berkenaan turut dibantu oleh pelajar latihan industri di bawah seliaan Dr. Tengku Ahmad Damitri Al Astani Tengku Din.

Program Image

Kompilasi Artikel - 2025

Pameran Kesedaran Kanser Payudara Sekolah Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka

Program Image

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah mengadakan Pameran Kesedaran Kanser Payudara di kalangan Guru Sekolah Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pendidik dan pelajar.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Perkhidmatan Saringan Kanser Payudara, Persidangan Persatuan Jururawat Terapi Enterostomal Asia Pasifik Ke-11 2025

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput mengadakan Perkhidmatan Saringan Kanser Payudara Percuma di Persidangan Persatuan Jururawat Terapi Enterostomal Asia Pasifik ke-11 2025 (APETNA 2025) di Pusat Konvensyen SPICE, Pulau Pinang.

Program Image

Pihak BestARi diketuai oleh Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya (Ketua Unit BestARi), diiringi oleh Dr. Wan Zainira Wan Zain, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al-Astani Tengku Din, Dr. Nur'Atikah Admam@Adnan, Dr. Noorshahida Mohamed Noordin, Dr. Lee Lih Shin, Puan Wahida Daud, Pn. Riniwati Ridza, Pn. Suraya Mustafa dan Pn. Nik Hasniza Nik Ibrahim.

Dengan tema “Membina Hubungan: Merapatkan Jambatan Bersama”, persidangan ini dijangka menghimpunkan lebih daripada 1,000 delegasi dari seluruh rantau Asia Pasifik termasuk wakil Akademia, Profesional Kejururawatan, Pegawai Perubatan dan Pakar Kesihatan Bersekutu.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Pameran Kanser Payudara Di Klinik Kesihatan Kota Jembal

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput oleh pihak Klinik Kesihatan Kota Jembal untuk mengadakan pameran perkhidmatan Kanser Payudara.

Program Image

Pameran ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga klinik serta orang awam yang hadir.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Saringan Kanser Payudara, Pertubuhan Lepasan Undang-Undang Muslimat Kelantan (MUSLET)

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput oleh pihak Pertubuhan Lepasan Undang-Undang Muslimat Kelantan (MUSLET) Outreach@Bachok untuk menjalankan saringan Kanser Payudara di Kompleks Pendidikan Islam, Jalan Kampung Badak, Bachok, Kelantan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program Image

Saringan kanser payudara telah dilaksanakan menggunakan mesin ultrasound ABUS oleh Pakar Radiologi bersama pasukan berpengalaman serta staf Unit BestARi.

Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk sekitar, mencerminkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Program Kelestarian Kesihatan Dan Pendidikan Kesihatan: Komuniti Prihatin Di Chuchoh Puteri, Kuala Krai

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput oleh Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am serta Unit Klinikal, Hospital Pakar USM untuk menyertai pameran dan perkhidmatan saringan kanser payudara di Kg. Sg. Sok, Kuala Krai.

Program ini diadakan di Masjid Sg. Sok dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Program Saringan Kesihatan USM-Merican Di Tumpat

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput oleh pihak Perkhidmatan Libatsama Komuniti bagi menjalankan saringan kesihatan USM-Merican di Masjid Az-Zakirin, Jalan Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan.

Program Image

Program ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

Program Image
Kompilasi Artikel - 2025

Pameran Dan Saringan Kesihatan Payudara Oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita (UKEKWA) Negeri Kelantan

Pihak Unit Kesedaran & Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi), Hospital Pakar USM telah dijemput untuk mengadakan pameran dan saringan kesihatan payudara oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA) Negeri Kelantan.

Program Image

Pihak Unit Kebajikan, Keluarga dan Wanita (UKEKWA) telah menganjurkan Program Karnival Kelantanku Cakna Peringkat Negeri Kelantan yang bertujuan untuk menyebarluaskan pelbagai inisiatif kerajaan, khususnya yang berkaitan dengan kebajikan, pembangunan keluarga dan wanita kepada seluruh rakyat Kelantan.

Butiran Program:

Tarikh: 29 Julai - 31 Julai 2025
1 Ogos 2025: (BestARi tidak sertai)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu

Sempena program tersebut, pihak BestARi telah mengadakan pameran dan saringan kesihatan payudara selama 3 hari bermula 29 Julai hingga 31 Julai 2025 sahaja.

Program saringan ini telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat, menzahirkan tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Program Image